web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rang Undang-Undang Keselamatan Siber Akan Digubal Segera - PM Anwar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2023 1:42PM

Anwar Ibrahim berkata Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Majlis Keselamatan Negara telah dipertanggungjawabkan sebagai agensi tonggak, untuk menggembleng usaha dan ikhtiar merentas pelbagai entiti kerajaan serta pihak industri dalam hal ini - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara memutuskan agar satu Rang Undang-undang Keselamatan Siber digubal segera, bagi memastikan segenap aspek perundangan yang berkaitan dapat dituntaskan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Majlis Keselamatan Negara telah dipertanggungjawabkan sebagai agensi tonggak, untuk menggembleng usaha dan ikhtiar merentas pelbagai entiti kerajaan serta pihak industri dalam hal ini.

“Saya menegaskan bahawa tiada kompromi terhadap keselamatan negara termasuk di dalam domain digital dan eko-sistem siber,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Anwar berkata rang undang-undang berkenaan akan memberi NACSA, MKN punca kuasa undang-undang yang jelas, untuk mengawal selia dan menguatkuasakan undang-undang berkaitan keselamatan siber, serta menambah baik keberkesanan fungsi-fungsi NACSA, MKN.

Beliau berkata perkara ini sejajar dengan hasrat yang termaktub dalam Arahan MKN No. 26 Pengurusan Keselamatan Siber Negara dan Strategi Keselamatan Siber Malaysia (Malaysia Cyber Security Strategy, MCSS).

Perdana Menteri berkata entiti dalam eko-sistem siber akan terus mengekalkan kuasa yang membolehkan mereka melaksanakan fungsi masing-masing.

“Pada masa yang sama, fungsi tugas beberapa entiti teras berkaitan keselamatan siber akan diselaraskan, bagi mengelakkan pertindihan fungsi dan memaksimakan kecekapan,” katanya.

Anwar berkata Malaysia harus menelusuri cabaran era digital, yang menuntut kesiapsiagaan terbaik seluruh jentera Kerajaan dalam menangani ancaman keselamatan siber.

Perihal ini, katanya menjadi keutamaan bukan sahaja di dalam negara tetapi turut mencakup ehwal yang lebih besar di peringkat global, kerana alam siber dan komunikasi digital meresapi pelbagai aspek dalam kehidupan. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 21 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad