web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Murid Dihantar Helikopter Persendirian: CAAM Mulakan Siasatan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2023 7:21PM

Terdahulu, tular video memaparkan sebuah helikopter berlepas dari kawasan lapang berhampiran perumahan Seksyen U11, Shah Alam yang didakwa untuk menghantar seorang murid ke sekolah - Tangkapan layar video media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sudah memulakan siasatan, berhubung pengoperasian sebuah helikopter peribadi jenis G2CA-Cabri yang dilaporkan mendarat di Shah Alam, Selangor pada 17 April lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Kapten Norazman Mahmud berkata, siasatan ke atas helikopter dengan nombor pendaftaran N99UR itu, dijalankan mengikut Peraturan Penerbangan Awam 2016 dan Civil Aviation Directives (CADs).

Menurutnya, semua pengendali pesawat harus mematuhi peraturan serta arahan ditetapkan dan kegagalan berbuat demikian, boleh menyebabkan mereka dikenakan tindakan penguatkuasaan.

“CAAM ingin mengingatkan semua pengendali pesawat bahawa pematuhan penuh kepada peraturan dan arahan adalah wajib bagi memastikan keselamatan orang awam.

“Tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap mereka yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular video dikongsikan seorang penduduk, memaparkan sebuah helikopter berlepas dari kawasan lapang berhampiran perumahan Seksyen U11, Shah Alam yang didakwa untuk menghantar seorang murid ke sekolah.

Malah, perkongsian terbabit menunjukkan gambar seorang kanak-kanak berjalan meninggalkan helikopter itu dengan juruterbang berdiri di tepi pesawat.

Justeru, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, laporan berhubung helikopter mendarat itu, dirujuk kepada CAAM untuk tindakan lanjut.

Katanya, menerusi makluman diterima pihak polis berhubung kejadian itu, sebuah helikopter didapati mendarat di lokasi berkenaan untuk menghantar seorang murid sekolah dari sekolah swasta di Setia Eco Park Shah Alam.

Helikopter itu, katanya, mendarat kira-kira 15 minit sekitar jam 8 pagi di kawasan tanah lapang berhampiran Jalan U11/11D, Bukit Bandaraya Seksyen U11, Shah Alam.

Susulan kejadian itu, jelasnya, satu laporan polis dibuat Ketua Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam. – Getaran, 14 Jun 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 6 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad