web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PM Tidak Puas Hati Pelaksanaan Projek Kecil, Arah Disegerakan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2023 10:37AM

Anwar (tengah) ketika menghadiri majlis perhimpunan bulanan warga Kementerian Kewangan hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Menyuarakan ketidakpuasan terhadap pelaksanaan projek-projek kecil seperti membaik pulih sekolah dan klinik kesihatan daif yang lambat, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu proses itu disegerakan.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan pada November tahun lepas telah mengumumkan semua sekolah dan klinik daif harus diperbaiki dan diselesaikan tahun ini namun pelaksanaan itu tidak memuaskan terutama di peringkat bawah membabitkan pejabat daerah.

Anwar menegaskan penyaluran peruntukan untuk projek-projek kecil perlu disegerakan memandangkan sekolah-sekolah yang tiada tandas atau bumbung bocor tidak boleh menunggu dua tahun walaupun peruntukan untuk perkara itu telah diluluskan.

"Saya nak pastikan peruntukan disalurkan segera," katanya pada majlis perhimpunan warga Kementerian Kewangan (MOF) di sini hari ini.

Anwar berkata beliau telah berbincang dengan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi supaya projek-projek kecil dikecualikan dari tugas Jabatan Kerja Raya (JKR) yang ketika ini dibebani dengan ribuan projek untuk diserahkan kepada jabatan dan kementerian berkaitan terutama di peringkat pegawai daerah bagi mempercepatkan pelaksanaannya. -

Anwar berkata pegawai daerah dan pegawai jajahan di Kelantan akan berhimpun di Sungai Petani pada Sabtu ini (17 Jun) supaya kuasa pelaksanaan itu dapat dipindahkan segera kepada pejabat daerah.

Beliau dalam pada itu mengingatkan walaupun projek-projek kecil perlu dipercepatkan prosesnya, jangan berlaku penipuan, pencurian wang dan pengambilan komisen.

"Yang kita keras (tegas) sekarang ini tentang penyelewengan," katanya.

Sementara itu, Anwar berkata prinsip perbincangan atau musyawarah perlu ada dalam kalangan penjawat awam supaya warga kerja kementerian tanpa mengira pangkat diberi ruang dan peluang untuk menyampaikan keterangan maklumat serta input dalam mesyuarat-mesyuarat termasuk pasca-Mesyuarat Kabinet.

"Ini kerana saya dapat maklumat bahawa kadang-kadang tak sampai pengarahan atau dasar dan tidak diberi ruang untuk memberi input dari peringkat bawah. Saya harap ini diperbetulkan," katanya.

Bermula dengan Kementerian Kewangan (MOF), Anwar mahu semua jabatan dan agensi memberi minit mesyuarat kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) Datuk Johan Mahmood Merican dan seterusnya disampaikan kepada beliau bagi memastikan input yang baik daripada semua warga kerja terlibat.

"Ini maknanya saya nak pastikan MOF sebagai contoh cemerlang bukan sahaja kerja tetapi kita pastikan ada input yang baik, rundingan yang baik dan tidak hanya pengarahan daripada menteri ke bawah, KSP ke bawah, atau ketua jabatan ke bawah," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan