web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Minggu Teknologi London Platform Pupuk Kerjasama Digital Antarabangsa - Fahmi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2023 7:10AM

Fahmi (tiga dari kiri) ketika hadir pada program London Tech Week yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak. - Gambar dari Twitter @fahmi_fadzil

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON -  Penglibatan Malaysia di Minggu Teknologi London (LTW) bakal mengukuhkan lagi kedudukan negara dalam bidang teknologi digital terutamanya sebagai hub pemprosesan data dan perkhidmatan.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata LTW yang berfungsi sebagai platform mempamerkan inisiatif terbaharu digital dapat memupuk perkongsian antarabangsa dalam memacu inovasi dan merapatkan jurang digital.

"Saya teruja menyertai LTW ini. Antara perkara yang hangat dibincangkan adalah aspek tenaga kerja. 

"Di United Kingdom (UK), jumlah tenaga kerja yang tidak mencukupi dalam bidang IT mencecah 2.5 juta orang. Saya lihat kalau di UK pun hadapi masalah ini apatah lagi kita di Malaysia," katanya kepada Bernama selepas menghadiri majlis perasmian LTW di sini. 

Jelasnya lagi, Malaysia yang berada di posisi strategik ekonomi digital dengan akses kepada 600 juta populasi Asean dan KDNK sebanyak US$3.0 trilion perlu segera menangani isu ini. 

Sepanjang LTW, Fahmi akan menyertai beberapa sesi meja bulat bersama tokoh serta eksekutif perniagaan selain menyampaikan ucaptama dan menjadi ahli panel forum.

LTW yang berlangsung dari 12-16 Jun menghimpunkan pemain industri digital dunia membuka tirai pagi semalam di London.

Berlangsung di Queen Elizabeth II Centre, LTW dirasmikan Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak dan Datuk Bandar London, Sadiq Khan.

Lebih 30,000 pengunjung termasuk pemain industri digital disasar hadir selain pemula niaga dan pelabur.

Penglibatan Malaysia menerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) diketuai Fahmi, dan ia merupakan kesinambungan daripada penyertaan pada edisi penganjuran tahun lepas.

Beberapa peluang baharu dijangka diraih menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman antara MDEC dengan UK-ASEAN Business Council dan International Data Center Authority yang bekerjasama dengan Commonwealth Enterprise and Investment Council.

Turut jadi perhatian adalah pengumuman pelaburan daripada 10 syarikat United Kingdom.

Malaysia menyasarkan sektor pelaburan ekonomi digitalnya mencapai RM130 bilion menjelang 2025. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 17 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran