Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Rangka 'Blue Print' Secara Inklusif, SEGiM ‘Wajib’ Bebas Pantau Sektor Ekonomi Negara

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2023 7:12AM

Pakar berpendapat SEGiM mampu membantu meningkatkan ekonomi negara yang ketika ini seolah-olah menjadi ‘status quo’ sehingga menyebabkan kos sara hidup masyarakat semakin tinggi. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rangka tindakan (blueprint) Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) yang komprehensif perlu dilaksanakan Kerajaan Perpaduan agar Malaysia mampu menjadi peneraju serantau serta mencapai pembangunan sosioekonomi yang inklusif, bertanggungjawab dan mampan.

Pensyarah Kanan Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKMM), Profesor Madya Dr Abu Sofian Yaacob berkata, penubuhan badan bebas itu haruslah berfungsi sebagai penggerak untuk pelbagai sektor ekonomi secara menyeluruh.

Menurut beliau, SEGiM dilihat mampu membantu meningkatkan ekonomi negara yang ketika ini seolah-olah menjadi ‘status quo’ sehingga menyebabkan kos sara hidup masyarakat semakin tinggi.

Abu Sofian Yaacob
Abu Sofian Yaacob

“Boleh tubuhkan SEGiM namun pastikan fungsinya menyeluruh agar ia boleh membantu ekonomi secara holistik. Sekarang ini persepsi rakyat beranggapan ekonomi kita tidak bergerak, tiada pembaharuan serta perancangan untuk membuat dasar baharu. Yang ada hanya subsidi telur dan ayam diteruskan tetapi benda lain tiada.

“Orang ramai seperti kecewa kerana tiada formula baharu dilaksana walaupun kita ada Menteri Ekonomi. Jadi, kalau ada suruhanjaya itu, kerajaan Persekutuan kena pastikan perjalanan industri itu dalam keadaan baik, teratur dan sentiasa dipantau agar tidak berlaku kemerosotan atau penguncupan ekonomi pada masa akan datang,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Mengulas lanjut, Abu Sofian berkata, SEGiM harus bertindak bagi mewujudkan pelbagai langkah agar ia dapat membendung atau menyekat sebarang sektor ekonomi menjadi lebih teruk.

Menurutnya, semua kementerian dan agensi kerajaan yang terlibat dalam bidang ekonomi harus bekerjasama erat dengan suruhanjaya terbabit dan badan kawal selia itu perlu mempunyai kuasanya dalam memastikan setiap subsektor industri berkenaan mampu dipantau secara terperinci.

“Ketika ini, setiap subsektor ekonomi itu dirangkumkan dan tidak ada satu pun penguasa yang memantau. Justeru, bagaimana kita nak majukan sebab tiada pengawasan dilakukan agar ia dapat dibangunkan secara keseluruhannya. SEGiM harus menguasai semua subsektor ekonomi seperti pertanian, perkilangan, pembinaan dan sebagainya.

“Suruhanjaya itu harus mempunyai bidang kuasa yang boleh memastikan kementerian berkaitan ekonomi secara langsung atau tidak untuk memberi cadangan atau mengubah sebarang fungsi sedia ada, agar ia mampu bergerak secara harmoni dan inklusif. Mereka mesti merujuk kepada SEGiM.

“Pada masa sama, saya meminta agar satu ‘master plan’ atau rangka tindakan (blue print) bagi memacu ekonomi negara untuk lima atau 10 tahun akan datang. Pelaksanaan itu akan mewujudkan satu draf holistik agar ia boleh memacu setiap kementerian yang terlibat,” katanya.

Penubuhan SEGiM serta pelan FELDA 5.0 ialah antara lima cadangan dikemukakan UMNO untuk diambil perhatian oleh Kerajaan Perpaduan dalam menangani keresahan rakyat, berhubung pembangunan ekonomi di negara ini.

Penubuhan SEGiM telah dicadangkan oleh Ahmad Zahid Hamidi ketika menyampaikan amanat presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2023 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur  (WTCKL), baru-baru ini. - Gambar oleh Alif Omar
Penubuhan SEGiM telah dicadangkan oleh Ahmad Zahid Hamidi ketika menyampaikan amanat presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2023 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur  (WTCKL), baru-baru ini. - Gambar oleh Alif Omar

Lima cadangan itu diutarakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menyampaikan amanat presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2023 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur  (WTCKL), baru-baru ini.

Menurutnya, penubuhan SEGiM bertujuan mengawal selia ekosistem industri gig serta menjaga kebajikan seluruh rantaian ekonomi itu, bermula daripada peringkat penyedia perkhidmatan, pembekal, pekerja dan pengguna.

Beliau berkata, sektor itu kian berkembang pesat di negara ini apabila lebih 1.12 juta pekerja gig berdaftar dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), tambahan pula lebih 80 peratus daripada pengguna ekonomi gig terdiri daripada anak muda.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu menegaskan, tidak seharusnya arus evolusi digital yang menguasai pasaran ekonomi internet Malaysia disisihkan kerana ia telah mencapai transaksi multi-bilion sehingga mencecah RM52.4 bilion pada 2020 sahaja.

Sementara itu, Presiden Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (PENGHANTAR), Zulhelmi Mansor berkata, pihaknya menyokong penuh keprihatinan Timbalan Perdana Menteri yang mahu suruhanjaya itu ditubuhkan.

Menurut beliau, ia dilihat berupaya menyelesaikan isu membelenggu industri terbabit selama ini, di samping memberi ruang kepada kerajaan untuk merangka serta melaksanakan apa jua perundangan yang adil kepada semua pihak.

“Kita mengucapkan terima kasih kepada Presiden UMNO, sekretariat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) kerana membantu usaha penambahbaikan ekonomi gig di Malaysia.

“PENGHANTAR berkeyakinan penubuhan SEGiM itu akan bertindak sebagai badan kawal selia khusus bagi sektor ekonomi gig, dengan berupaya untuk menyelesaikan apa jua isu dan permasalahan berlaku sejak sekian lama yang hingga kini belum ada jalan penyelesaiannya secara menyeluruh,” katanya.

Mengulas lanjut, Zulhelmi berkata, ekonomi gig merupakan industri yang agak unik, justeru penubuhan SEGiM akan melibatkan 14 agensi kerajaan bagi memastikan segala perancangan terbaik mampu diwujudkan.

“Antara kementerian yang terlibat adalah Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (MEDAC), Kementerian Komunikasi Dan Digital (MCMC), Kementerian Sumber Manusia (KSM), Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Pengangkutan (MoT), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Oleh demikian, dalam mengimbangi cadangan pelaksanaan garis panduan, akta yang bakal dikuatkuasakan menerusi penubuhan SEGiM itu adalah amat penting bagi memastikan apa jua penguatkuasaan di dalam sektor itu, meliputi kepada keseluruhan ekosistem ekonomi gig,” katanya. - Getaran, 13 Jun 2023.




 

Sorotan

1

Mangsa Pokok Tumbang Sempat Diajar Mengucap – Saksi

2

Gaji Polis, Bomba Patut Naik Lebih Tinggi - Teresa Kok

3

KBS Pastikan Faisal Halim Dapat Rawatan Percuma Di ISN – Hannah

4

Malaysia Kekal Pendirian Tak Benar Syarikat Berdaftar Di Israel Jalan Aktiviti Dalam Negara

5

Faisal Halim Alami Kelecuran Tahap Empat, Pergerakan Dan Percakapan Terbatas - Shahril

6

Sivasangari Dinobatkan Atlet Terbaik April Oleh The World Games

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Kes Simbah Asid Faisal Halim: Suspek Kedua Diberkas Semalam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 4 jam yang lalu

Gaji Polis, Bomba Patut Naik Lebih Tinggi - Teresa Kok

oleh Diyana Nawwar

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Kesan Pemilik Akaun Media Sosial Sebar Kebencian Terhadap Pemain Bola Sepak

Semasa 1 hari yang lalu

Pamer Gambar Agong Ketika Kempen PRK, Warga Emas Dipenjara Sebulan

oleh Wartawan Getaran