web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


9 Individu Ditahan Terbabit Pergaduhan Di Maran 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2023 7:00AM

Dalam insiden sekitar jam 1 tengah hari itu, tiga suspek mengalami kecederaan ringan dan telah mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Klinik Kesihatan Maran. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Polis menahan sembilan lelaki yang dipercayai terbabit dalam pergaduan di hadapan sebuah premis kedai di Sri Jaya, Maran, kira-kira 86 kilometer dari sini, semalam, seperti dalam satu rakaman video yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Maran, DSP Norzamri Abd Rahman, berkata dalam insiden sekitar jam 1 tengah hari itu, tiga suspek mengalami kecederaan ringan dan telah mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Klinik Kesihatan Maran.

“Siasatan awal mendapati punca pergaduhan akibat salah faham yang mana salah seorang suspek telah meletakkan motosikal di belakang sebuah kereta dan menghalang laluan sehingga berlaku pertengkaran dengan pemandu,” katanya, menerusi kenyataan, malam tadi. 

Menurutnya, kesemua suspek berusia antara 23 dan 59 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan. 

Sementara itu, Norzamri memohon agar semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menggugat ketenteraman awam selain merakamkan penghargaan di atas kerjasama masyarakat sehingga pihaknya dapat menangkap suspek yang dikehendaki.

Terdahulu, tular video berdurasi lebih 20 saat di aplikasi WhatsApp yang memaparkan insiden pergaduhan membabitkan beberapa individu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 8 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi