web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tajaan Biasiswa Bidang Perubatan, Pergigian Dan Farmasi Akan Diteruskan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2023 8:13PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tajaan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi akan diteruskan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Tajaan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi akan diteruskan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata keputusan itu berdasarkan situasi semasa yang mana masih terdapat keperluan bagi sektor-sektor berkenaan di dalam negara.

“Sejak minggu lalu saya ada perjumpaan khas dengan JPA dan mereka kata itu (menghentikan tajaan) adalah dasar sedia ada, dasar yang lalu.

Jadi, saya minta dikaji semula berdasarkan unjuran kita yang mana keperluan sektor perubatan, pergigian dan farmasi itu masih ada. Maknanya, program biasiswa JPA untuk sektor-sektor ini akan diteruskan,” katanya dalam program Temu Anwar@USM di Dewan Tuanku Syed Putra, Universiti Sains Malaysia (USM), di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan salah seorang peserta program itu yang juga mahasiswa USM berhubung keputusan kerajaan menghentikan penajaan JPA dalam bidang berkenaan.

Sebelum ini media melaporkan kerajaan akan menghentikan penajaan JPA dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi berikutan kajian Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati bekalan pegawai perubatan akan mengalami kebanjiran mulai tahun 2026 hingga 2030.

Bagi menjawab soalan berkenaan isu penyerapan doktor lantikan kontrak ke jawatan tetap, beliau berkata ia dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh kurang dari tiga tahun.

"Masalah doktor kontrak memang masalah yang lama dan ia tidak adil untuk mereka. Oleh itu, kita sudah mula melaksanakan (pelantikan) dari tahun ini.

Kenapa kita tidak boleh selesaikan semuanya tahun ini? Kerana ia memerlukan berbilion ringgit tapi saya jangkakan ia boleh diselesaikan kurang dari tiga tahun," katanya. 

Mengulas mengenai isu peletakkan jawatan yang tinggi dalam kalangan doktor di KKM, beliau berkata ia tidak boleh dihalang jika disebabkan oleh peluang yang lebih baik di tempat lain.

"Doktor mungkin meletak jawatan dari KKM untuk bekerja di hospital swasta kerana gaji yang lebih tinggi. Tidak mengapa, kita latih sahaja doktor baharu supaya boleh mengisi ruang yang ada.

Manakala bagi pelajar JPA atau pemegang biasiswa kerajaan yang belajar di luar negara, jika mereka mendapat tawaran yang baik di sana, saya minta supaya JPA dan lain-lain memberi ruang kerana pendedahan itu baik untuk mereka. Ini perubahan dasar yang sedang dilakukan," katanya. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

oleh Sophia Ahmad