web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Tempat Yang Selamat Untuk Penerima, Pemberi Rasuah - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2023 8:09PM

Anwar ketika bercakap pada Program Temu Anwar di Dewan Tuanku Syed Putra Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Tiada tempat yang selamat buat penerima dan pemberi rasuah sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya menyeru generasi muda untuk bersama (menyelamatkan negara daripada rasuah),” katanya ketika berucap pada sesi town hall bersama penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini.  

Katanya, isu ekonomi yang amat memberi kesan kepada golongan tidak berdaya berlaku disebabkan oleh rasuah yang bermaharajalela. 

Menjawab soalan diberikan, Perdana Menteri berkata rasuah telah menjadi sebahagian daripada sistem dan budaya kerana orang ramai hanya berdiam diri sejak sekian lama.

“Ia telah menjadi norma. Apabila arahan diberi untuk meluluskan sesuatu, tiada bantahan diterima.

“Tetapi semua ini berlaku satu ketika dahulu dan sekarang saya ialah Perdana Menteri, semua ini akan didedahkan. Saya akan dedahkan mereka.

“Saya mahu negara ini kembali ke landasan yang benar dan anda penuntut semua, boleh membantu mengemudi negara (ke jalan yang benar,” katanya.

Memetik skandal mega Jana Wibawa berjumlah RM92.5 bilion yang berlaku ketika pemerintahan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan  skandal kapal tempur pesisir (LCS) berjumlah RM9 bilion di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, Anwar berkata ketirisan seumpama itu menyebabkan negara mengalami kerugian sebanyak RM4.5 trilion sejak 26 tahun lalu.

“Mereka mencuri dan saya tidak akan berehat sehingga semua penyangak dan penyakau ini menerima balasan.

“Keutamaan saya adalah menjaga kebajikan golongan memerlukan, bermula dengan asnaf, kanak-kanak yang tidak memiliki bekalan air, sekolah tanpa mempunyai tandas yang sempurna, berek polis dan tentera yang usang dan seterusnya,” katanya.

Sesi bersama mahasiswa itu adalah sebahagian daripada intipati siri program Temu Anwar yang menyaksikan Perdana Menteri menjelajah ke seluruh negara untuk menyantuni pelbagai lapisan masyarakat. - The Vibes, 11 Jun 2023







 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad