web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PAC Berpendirian Tegas, Laporan Kemajuan Isu LCS Dibentang Oktober 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2023 3:10PM

Mas Ermieyati pada sidang media di Parlimen baru-baru ini - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Laporan kemajuan projek mega kapal tempur pesisir pantai (LCS) dijangka dibahaskan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Parlimen ke-15 bermula 9 Oktober sehingga 30 November nanti.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ia akan dilaksanakan selepas pembentangan laporan itu yang menyentuh aspek kemajuan pembinaan LCS, bermula dari Oktober 2022 sehingga Mei tahun ini.

"PAC komited membentang laporan kemajuan projek LCS ini untuk dibahas di Parlimen yang akan bermula pada Oktober hingga November ini,” katanya menerusi  kenyataan, hari ini. 

Beliau berkata demikian selepas lawatan kerja PAC ke Limbungan Boustead Naval Shipyard, Markas Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak, kelmarin.

PAC komited membentang laporan kemajuan projek LCS ini untuk dibahas di Parlimen yang akan bermula pada Oktober hingga November ini.
PAC komited membentang laporan kemajuan projek LCS ini untuk dibahas di Parlimen yang akan bermula pada Oktober hingga November ini.

Dalam prosiding PAC terhadap pembinaan LCS, Mas Ermieyati memberitahu, Ketua Pengarah syarikat pembinaan kapal Boustead Naval Shipyard (BNS), Datuk Ahmad Nazim Abd. Rahman antara saksi yang telah dipanggil untuk memberi keterangan.

Selain Ahmad Nazim, jelasnya, individu yang turut dipanggil memberi keterangan ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertahanan, Datuk Dr. Shahrazat Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif BNS, Ir. Azhar Jummat.

"Prosiding berkenaan berakhir  6 petang, kelmarin. PAC mengambil masa selama dua jam untuk melihat sendiri pembinaan subjek prosiding iaitu LCS bermula jam 10 pagi.

“Prosiding PAC dimulakan jam 2.30 petang dan memfokus tentang laporan kemajuan projek LCS yang perlu dibentang oleh Kementerian Pertahanan setiap tiga bulan kepada PAC, sehingga projek ini disempurna selaras dengan syor PAC Parlimen ke-14 sebelum ini,” katanya.

Semalam, Pengerusi Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd., Datuk Nazim Rahman menerusi kenyataan berkata, pihaknya bersedia mengemukakan laporan kemajuan pembinaan LCS kepada kerajaan setiap suku tahunan seperti yang disyor Kabinet.

PAC sebelum ini mendedahkan, tiada satu pun LCS milik TLDM berjaya disiapkan meskipun kerajaan telah membayar RM6.083 bilion untuk projek itu menerusi kontrak kepada BNS secara rundingan terus.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman - Gambar fail
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman - Gambar fail

Dalam persidangan Dewan Rakyat yang berakhir Khamis lalu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberitahu bahawa Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menolak usul tergemparnya untuk membahas isu ketirisan di dalam projek LCS.

Katanya, beliau dimaklumkan bahawa isu itu bukan bersifat kepentingan awam, malah tiada keperluan mendesak untuk dibahaskan. 

Syed Saddiq turut diminta membetulkan semula kenyataan, apabila bertindak mendakwa Johari bersikap tidak adil terhadap dirinya.

Jelas Johari, perenggan empat suratnya menyatakan bahawa usul tergempar Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu tidak memenuhi peraturan 18(7)(c) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Peraturan itu memperuntukkan Yang Dipertua Dewan Rakyat boleh menolak usul yang dikemukakan jika ia melanggar mana-mana syarat dalam peraturan mesyuarat.

“Saya dimaklumkan, Kementerian Pertahanan dikehendaki membentang laporan LCS setiap tiga bulan kepada PAC sehinggalah projek ini disiapkan dan PAC telah pun membuat keputusan melawat ke Lumut, Perak untuk siasatan lanjut.

“Apabila PAC buat keputusan, kita (Dewan Rakyat) mahu bincang buat apa lagi? Tunggulah PAC punya laporan dan saya akan benarkan selepas laporan PAC nanti,” kata Johari sebelum ini. – Getaran, 11 Jun 2023.



 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi