web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kenyataan Simplistik Tanpa Fakta Ahmad Maslan Punca UMNO Tewas PRU-15 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2023 9:39PM

Ismail Sabri Yaakob - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyangkal dakwaan nasib UMNO tidak seteruk sekarang sekiranya 'Putrajaya' pada ketika itu membubarkan Dewan Rakyat selepas kemenangan besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor. 

Hakikatnya, beliau mendedahkan kenyataan simplistik tanpa fakta dan statistik oleh mantan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, menyebabkan Barisan Nasional (BN) tewas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). 

Menurutnya, unjuran parti berkenaan pada ketika itu mendakwa BN mampu menguasai 112 kerusi Parlimen sehingga berupaya membentuk kerajaan Persekutuan, tetapi gabungan tersebut hanya memenangi 30 kerusi.

“Soalnya, apakah ada kajian sikap secara komprehensif sudah dilakukan sebelum membuat unjuran tersebut kerana akhirnya BN hanya tinggal 30 kerusi di Dewan Rakyat.

“Sebagai Perdana Menteri ketika itu, saya mendapat laporan daripada pelbagai agensi yang menunjukkan suasana pada ketika itu BN masih tidak mampu untuk menang.

“Ketika itu, ekonomi sedang dalam proses pemulihan selepas kita terjejas teruk akibat Pandemik COVID-19, sepatutnya proses pemulihan diteruskan bukan dengan membubarkan Parlimen,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Ahmad Maslan - Gambar fail
Ahmad Maslan - Gambar fail

Terdahulu, Ahmad Maslan menerusi ciapannya di Twitter berkata, masa yang tepat sangat penting dalam politik terutama bagi memastikan parti boleh mencapai kemenangan dalam pilihan raya.

Katanya, gelombang serta semangat parti pasca kemenangan dalam PRN Johor dan Melaka begitu kuat, malah ketika itu juga bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, masih dapat membantu parti untuk menang.

“Jika pihak 'Putrajaya' (kerajaan ketika itu diterajui Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri) ikut keputusan bersama, ketika gelombang kemenangan (PRN) Melaka (BN menang 21 daripada 28 kerusi) serta Johor (BN menang 40 daripada 56 kerusi), semangat masih tinggi dan ketika #BossKu (Najib) masih di luar, adakan PRU15, maka nasib UMNO dan BN tidak seteruk ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera berkata, usaha dilakukan kerajaan Keluarga Malaysia bagi memulihkan negara sudah membuahkan hasil apabila ekonomi negara berkembang sebanyak 8.7 peratus pada tahun lalu. 

“Ia terbaik di rantau Asia Tenggara malah antara yang tertinggi di dunia tetapi usaha itu tidak dapat diteruskan kerana desakan berterusan supaya Parlimen dibubarkan.

“Disebabkan yakin akan menang tanpa fakta, akhirnya BN kecundang dalam PRU-15,” katanya.

Dalam pada itu, mantan Naib Presiden UMNO itu menegaskan, PRN tidak boleh dijadikan sebagai indikator untuk menentukan kejayaan BN pada pilihan raya umum.

Katanya, keadaan politik negara amat dinamik, di mana PRN lebih tertumpu kepada isu negeri, khususnya prestasi kerajaan yang mentadbir negeri pada ketika itu.

“PRU melibatkan isu nasional. Apatah lagi persepsi terhadap BN secara keseluruhannya masih tidak baik pada ketika itu.

“Inilah punca sebenar kekekalahan BN kerana mempunyai bekas Setiausaha Agung UMNO yang hanya sekadar boleh membuat andaian mudah berlandaskan logik akalnya sahaja tanpa mempunyai statistik sokongan peringkat Persekutuan kepada BN,” katanya. - Getaran, 10 Jun 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar