Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Isu Desak DAP Mohon Maaf Tidak Jejas Persediaan PRN – Dr Akmal

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2023 7:18PM

Dr Muhammad Akmal Saleh (tengah) berkata hanya kerana Pemuda UMNO berkeras untuk menonjolkan suara akar umbi parti, ini tidak bermakna hubungan dengan parti pemuda (Kerajaan Perpaduan) yang lain tidak baik. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kerjasama antara Pemuda UMNO dan rakan politiknya dalam Kerajaan Perpaduan untuk pilihan raya negeri (PRN) akan datang tidak terjejas dengan tindakan sayap itu menuntut permohonan maaf daripada DAP.

Ketuanya, Dr Muhammad Akmal Saleh berkata, walaupun sayap itu berpegang kepada gesaannya agar DAP, ahli komponen Pakatan Harapan (PH) memohon maaf atas tohmahan yang dilemparkan terhadap UMNO sebelum ini, kerjasama dijalin Pemuda UMNO dengan pemuda PH akan diteruskan.

Bercakap pada sidang media di Perhimpunan Agung UMNO di sini hari ini, Dr Akmal turut menegaskan permohonan maaf daripada DAP adalah berdasarkan maklum balas yang diperoleh dari akar umbi parti itu.

“Hanya kerana Pemuda UMNO berkeras untuk menonjolkan suara akar umbi parti, ini tidak bermakna hubungan dengan parti pemuda (kerajaan perpaduan) yang lain tidak baik.

“Malah, saya baru-baru ini menghantar mesej kepada (Ketua Pemuda PH) Dr Kelvin Yii, dan kami akan bertemu dalam beberapa hari untuk membincangkan strategi PH dan UMNO bagi PRN,” katanya.

Dr Muhammad Akmal Salleh - Gambar oleh Alif Omar
Dr Muhammad Akmal Salleh - Gambar oleh Alif Omar

Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata, permohonan maaf daripada DAP kepada UMNO akan menjadi "cara terpantas" untuk mendapatkan sokongan daripada pengundi UMNO.

Beliau menambah Pemuda UMNO didiskriminasi untuk"menyembunyikan isu sebenar" sentimen akar umbi, kerana menangani perkara yang dianggap kritikal oleh ahli parti adalah perlu bagi memastikan pengundi bersedia meletakkan kepercayaan mereka kepada pemimpin parti.

“Sebelum ini, mungkin ada pihak yang hanya bercakap mengenai topik yang sedap didengari, tetapi Pemuda UMNO mesti menangani isu sebenar.

“Kami hanya menjadi suara akar umbi, (kerana) ramai daripada mereka mempersoalkan UMNO bekerjasama dengan parti yang mengkritiknya selama ini.

“Menuntut DAP memohon maaf kepada UMNO (atas tohmahan sebelum ini) tidak bermakna kami (Pemuda UMNO) belum ‘move on’,” katanya.

Komen Dr Akmal merujuk kepada cadangan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke bahawa adalah lebih baik sayap parti itu mengetepikan perbezaan mereka memandangkan kedua-dua parti kini adalah sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan.

Selain itu, Dr Akmal juga berkata, jika DAP meminta UMNO untuk membuat permohonan maaf sebagai balasan untuk menyatakan kekesalannya, DAP memerlukan "alasan kukuh" untuk menyokong tuntutan tersebut.

“UMNO mempunyai alasan kukuh untuk meminta DAP memohon maaf, (kerana sebelum ini) sudah menyatakan permohonan maaf kepada rakyat Sarawak dan kerajaan negeri atas sebarang kenyataan yang menyinggung perasaan parti itu.

“Jika mereka (DAP) mahu kami juga meminta maaf, mereka perlukan alasan kukuh," katanya.

Sementara itu, Dr Akmal juga berkata, UMNO amat mengalu-alukan pihak yang mengambil berat tentang parti untuk membantu memperkasakan prinsip parti, selain berpendapat tidak ada salahnya mengalukan bekas pemimpinnya untuk menyertai semula parti kerana sumbangan mereka sebelum ini.

Dr Akmal yang tidak menjelaskan bentuk “bantuan” yang boleh diberikan, menyebut bahawa “masih ada harapan” untuk mantan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang digantung tugas, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Khairy Jamaluddin yang dipecat untuk menyertai semula parti.

Mengambil contoh pemergian singkat Tun Dr Mahathir Mohamad daripada parti sebelum menjadi presiden paling lama memegang jawatan itu, Akmal berkata, meninggalkan UMNO tidak semestinya menunjukkan seseorang ahli tidak lagi mengambil berat tentang parti. - The Vibes, 10 Jun 2023

Sorotan

1

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

2

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

3

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

4

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

5

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

6

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tetap Kurangkan Subsidi Minyak Tahun Ini – Rafizi

oleh Wartawan The Vibes

Semasa 3 jam yang lalu

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Semasa 5 jam yang lalu

Beras, Barang Dapur Dibakar Adalah Stok Simpanan Yang Rosak - Ismail

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Papagomo Kemuka Representasi Gugur Tuduhan Kes Hasutan Kaitkan Kerajaan Pro Israel, Barat