web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penyelewengan Dana Negara RM2.3 Bilion: SPRM Giat Kumpul Maklumat, Beku 192 Akaun

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2023 6:04PM

SPRM setakat ini membekukan akaun bank melebihi RM39 juta membabitkan 192 akaun. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang giat memperoleh maklumat dalam siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana negara kira-kira RM2.3 bilion.

Menerusi kenyataannya, SPRM berkata, dalam perkembangan terkini, pihaknya sudah membekukan akaun bank melebihi RM39 juta membabitkan 192 akaun.

Katanya, ia terdiri daripada 35 akaun syarikat dan 157 akaun individu, termasuk milik mantan menteri kanan, dua ahli perniagaan bergelar Tan Sri dan ahli keluarga mereka.

“SPRM turut merakam pernyataan dua individu bergelar Tan Sri terbabit, selain membuat penggeledahan di kediaman serta premis berkaitan, membabitkan mantan menteri kanan dan ahli perniagaan berkenaan, kelmarin,” katanya.

Pada masa sama, suruhanjaya itu memaklumkan, kesemua mereka sudah diberi notis mengikut Seksyen 36 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 44 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) bagi tindakan terbabit.

“Susulan itu beberapa dokumen berkaitan kes sudah diperolehi,” katanya.

Getaran pada 21 Mei lalu melaporkan, seorang mantan menteri kanan dan ahli perniagaan bergelar Tan Sri disiasat SPRM selepas disyaki terbabit penyelewengan dana negara bernilai lebih RM2.3 bilion.

Siasatan itu, menurut sumber, turut menumpukan kepada pembelian dan pemilikan saham di sebuah syarikat tersenarai oleh sebuah syarikat gergasi negara yang dikatakan didalangi mantan menteri terbabit.

Ujarnya, difahamkan, transaksi pembelian dan pemilikan saham itu dipercayai menjadi punca kepada kemerosotan ekonomi negara serta kejatuhan mata wang ringgit pada hujung 1990-an.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan penyiasatan terhadap mantan menteri kanan dan ahli perniagaan bergelar Tan Sri itu.

Jelasnya, siasatan tertumpu kepada Seksyen 23 Akta SPRM 2009 berhubung kesalahan salah guna kuasa untuk mendapat suapan dan kesalahan pengubahan wang haram di bawah Seksyen 4 (1) AMLATFPUAA 2001. – Getaran, 9 Jun 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 19 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 14 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad