web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Perpaduan Terima Sokongan Padu Najib - Zahid 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2023 3:58PM

Anwar disambut oleh Ahmad Zahid dan pemimpin UMNO yang lain ketika tiba pada Perhimpunan Agung UMNO 2023 (PAU 2023) hari ini. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR –  Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima sokongan padu mantan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak yang kini sedang dipenjara atas kesalahan rasuah.

Dalam ucapan dasar di Perhimpunan Agung UMNO 2023 (PAU 2023) hari ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan bahawa mantan Perdana Menteri itu ‘berdoa dan berharap’ Kerajaan Perpaduan akan meraih kejayaan pada enam Pilihan Raya Negeri (PRN) selepas ini.

“Walaupun beliau (Najib) tidak bersama kita ketika ini, jiwa dan semangatnya masih bersama kita,” katanya dengan penuh emosi, kepada hampir 3,000 perwakilan yang melaungkan ‘Bebas Bossku’ dan ‘Hidup Bossku’, merujuk kepada gelaran sering diberikan kepada Najib.

Ahmad Zahid berkata Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar menerima sokongan padu mantan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak yang kini sedang dipenjara atas kesalahan rasuah.
Ahmad Zahid berkata Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar menerima sokongan padu mantan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak yang kini sedang dipenjara atas kesalahan rasuah.

Ketika seluruh Dewan Merdeka bergema dengan desakan dan laungan agar Najib dibebaskan dari penjara, perwakilan dipersembahkan dengan video anak lelaki beliau, Datuk Mohamad Nizar Najib yang menegaskan, bapanya amat percaya dengan keupayaan Kerajaan Perpaduan.

“Bapa saya tidak pernah memberi sebarang arahan untuk menyerang institusi presiden UMNO atau komponen dalam Kerajaan Perpaduan. Beliau sering mengingatkan kami untuk setia kepada parti dan mematuhi arahan presiden.

“(Tuduhan bahawa Najib bertindak sebaliknya) adalah persepsi pihak tidak bertanggungjawab. (Najib) tidak pernah meminta ahli UMNO berpaling dari parti,” kata Nizar dalam video ringkas itu.

Selepas video itu, Zahid sekali lagi menegaskan pendirian UMNO agar Najib dibebaskan dari penjara kekal tidak berubah.

“Kepada keluarga (Najib), bersabarlah. Allah akan memakbulkan doa kita kelak,” katanya.

Turut menghadiri upacara perasmian di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) itu ialah Anwar, yang hadir buat pertama kali sejak 1998, ketika beliau masih menyandang portfolio Timbalan Presiden parti.

Zahid turut mengambil kesempatan itu dan memberitahu Perdana Menteri mengenai sambutan semua perwakilan.

“Perdana Menteri, lihatlah sendiri. Ini (sambutan perwakilan) benar-benar asli,” katanya. 

Terdahulu, ketika Anwar berjalan memasuki dewan, sejumlah besar perwakilan dilihat menjulang poster memaparkan solidariti mereka bersama Najib, yang kini menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas disabitkan bersalah atas pertuduhan rasuah berjumlah RM42 juta melibatkan SRC International.

Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT) sejak itu memfailkan permohonan agar pengampunan diraja diberikan kepada Najib, susulan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonan beliau untuk mengetepikan sabitan bersalah ke atasnya.

Anwar sebelum ini mengesahkan bahawa beliau adalah sebahagian daripada proses pengampunan, dan menegaskan, tidak akan wujud sebarang konflik kepentingan kerana keputusan akhir tertakluk kepada budi bicara Yang di-Pertuan Agong.

Sementara itu, Zahid turut mengingatkan Anwar bahawa UMNO mahu wakil parti itu menjadi sebahagian daripada tiga kerajaan negeri milik Pakatan Harapan (PH), iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

Dengan mengingatkan bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) adalah jambatan untuk mengukuhkan kerjasama antara UMNO dan komponen PH, Zahid berkata : “Perdana Menteri, jangan lupa. Kami mahu wakil UMNO di tiga negeri ini kerana buat masa ini tiada wakil kami.” - The Vibes, 9 Jun 2023




 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 11 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan