web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lelaki Warga India Tikam Teman Wanita 18 Kali Kerana Cemburu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2023 3:44PM

Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Gara-gara cemburu, seorang lelaki warga India tergamak menikam sehingga 18 kali teman wanitanya menggunakan pisang pemotong buah di sebuah kondominium di Kelana Jaya di sini, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata semuanya terbongkar selepas suspek yang berusia 30 tahun ditahan sepasukan Polis Bantuan Express Rail Link (ERL) Salak Selatan setelah menceroboh landasan dipercayai untuk membunuh diri, sehari selepas kejadian.

Beliau berkata suspek kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut dan hasil soal siasat yang dijalankan, suspek mengaku membunuh teman wanitanya berumur 40 tahun yang juga warga India antara 4 petang hingga 6 petang, 2 Jun lalu. 

Menurut Mohamad Fakhrudin suspek membunuh kekasihnya itu gara-gara cemburu kerana percaya wanita berkenaan mempunyai hubungan sulit dengan lelaki yang tinggal serumah dengan mereka.

"Susulan itu, sepasukan polis telah ke lokasi seterusnya menemukan enam warga asing termasuk seorang wanita selain seorang lelaki tempatan di dalam unit kondominium terbabit," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, di sini, hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata suspek kemudian menunjukkan bilik mangsa sebelum polis kemudian menemukan seorang wanita dalam keadaan terbaring dengan berlumuran darah dan sudah tidak bernyawa selain menjumpai sebilah pisau dipercayai digunakan untuk membunuh.

Katanya mangsa yang telah berkahwin dan mempunyai suami serta anak di India datang ke Malaysia bersama suspek kira-kira tiga bulan lepas menggunakan pas lawatan sosial.

Mangsa bekerja sebagai pendandan rambut di Kota Damansara manakala suspek sebagai pelayan restoran di sebuah kompleks beli-belah di ibu negara.

Beliau berkata suspek bersama tujuh lagi penghuni kondominium berkenaan direman selama tujuh hari sejak 4 Jun lalu bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 kerana membunuh. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad