Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Bekas Polis Terlepas Hukuman Gantung, Dipenjara 10 Tahun Sebabkan Kematian Hanis Amanda

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2023 9:35PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Seorang bekas koperal polis terlepas hukuman gantung setelah Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman mati kerana membunuh anak tirinya, Hanis Amanda Mohd Zafil yang berusia dua tahun pada 2015, kepada penjara 10 tahun bagi kesalahan menyebabkan kematian tanpa niat.

Panel hakim yang terdiri daripada Datuk Seri Kamaludin Md Said, Datuk Hashim Hamzah dan Datuk Azman Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Khairuanuar Baharuddin, 42, yang merayu terhadap sabitan dan hukuman mati.

Dalam alasan penghakiman yang dikeluarkan pada 6 Jun, Azman berkata selepas meneliti keterangan, mahkamah mendapati Mahkamah Tinggi tersilap dalam mensabitkan Muhammad Khairuanuar atas kesalahan membunuh kerana pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa dia mempunyai niat untuk mendatangkan kecederaan pada badan kanak-kanak itu yang menyebabkan kematiannya.

Beliau berkata mahkamah berpendapat keterangan daripada pihak pendakwaan kurang dalam membuktikan bahawa Muhammad Khairuanuar mempunyai pengetahuan bahawa perbuatannya itu amat berbahaya sehingga kemungkinan besar boleh menyebabkan kematian, atau kecederaan badan itu berkemungkinan menyebabkan kematian.

Hakim itu berkata berdasarkan keterangan seorang saksi pendakwaan yang tinggal di kondominium tersebut ketika itu bahawa dia mendengar kanak-kanak itu menjerit kira-kira 3 petang dan masih hidup kira-kira pada 5.20 petang.

Saksi itu turut melihat kanak-kanak berkenaan terbaring sambil memegang botol susu di hadapan televisyen selepas itu.

Muhammad Khairuanuar didakwa membunuh Hanis Amanda di sebuah rumah di kondominium di Seksyen 5, Wangsa Maju, Kuala Lumpur antara 7 pagi dan 7.30 malam pada 6 Nov 2015.

Dia didapati bersalah terhadap pertuduhan itu dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Mac 2021. Dia kemudiannya merayu ke Mahkamah Rayuan.

Bapa kandung kanak-kanak itu dan ibu tirinya memberi keterangan bahawa mereka menyedari terdapat kesan lebam pada badan kanak-kanak itu terutamanya pada bahagian rusuk dan pehanya semasa berada dalam jagaan mereka antara 17 Okt 2015 dan 19 Okt 2015.

Bapa Hanis Amanda juga memberi keterangan di mahkamah bahawa anaknya sakit dan memberitahu “Papa Bi” yang menyebabkan lebam itu. Menurutnya “Papa Bi” yang disebut oleh anaknya itu merujuk kepada Muhammad Khairuanuar.

Ibu bapa kanak-kanak itu bercerai pada 2013 dan ibunya berkahwin dengan Muhammad Khairuanuar manakala bapanya berkahwin dengan wanita lain. - Bernama

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar, Sanusi Dijadual Adakan Pertemuan Rasmi Di Kedah 4 Mei Depan

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 34 minit yang lalu

Situasi Di Asia Barat: Malaysia Gesa Semua Pihak Cari Jalan Penyelesaian Diplomatik

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang - Fadillah

Sukan 16 jam yang lalu

Piala Thomas: Tze Yong Digugurkan, Hon Jian Isi Kekosongan – Rexy