web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Istilah 'Sahabat', 'Kakak' Di Pertemuan Jokowi - Anwar Jadi Sorotan Media Indonesia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2023 8:41PM

Kali terakhir Jokowi mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia adalah pada 2019, selepas dilantik semula bagi penggal kedua menerusi Pilihan Raya Presiden pada 17 April. - Gambar dari Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Pengguna istilah ‘sahabat sejati’ dan 'kakak' oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi semasa sidang media bersama di Putrajaya pada Khamis mendapat sorotan media Indonesia.

Pertemuan kedua-dua pemimpin adalah yang ketiga selepas lawatan rasmi Anwar ke Indonesia pada Januari dan Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 di Labuan Bajo, Nusa Tenggara Timur bulan lepas.

DetikNews tertarik dengan istilah ‘kakak’ bermaksud ‘abang’ di Indonesia dan ‘sahabat baik’ yang digunakan Jokowi dalam ucapannya di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana.

Portal berita yang mengikuti sesi tersebut di YouTube BERNAMA TV melaporkan berita itu dengan tajuk, ‘Jokowi Sapa PM Malaysia Anwar Ibrahim “Kakak” dan “Sahabat Baik” Saya'.

**Menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia, sapa merupakan perkataan untuk menegur iaitu mengajak bercakap dan sebagainya.

Berita kedua DetikNews bertajuk, ‘Anwar Ibrahim Anggap Spesial Lawatan Jokowi ke Malaysia: RI Sahabat Sejati’ dan Liputan6 menulis ‘Jokowi Panggil PM Malaysia dengan Sebutan Kakak dan Sahabat Baik.’

Keakraban kedua pemimpin ditulis CNBC Indonesia di artikel bertajuk ‘Akrab! PM Malaysia Anwar Ibrahim Sebut Jokowi Sahabat Sejati’, manakala Kompas menulis ‘Saat Jokowi-Anwar Ibrahim Saling Menyebut “Sahabat” Satu Sama Lain’.

Agensi berita Antara melaporkan ‘Jokowi harap negosiasi perbatasan Indonesia-Malaysia selesai di eranya,’ dan mencatatkan kenyataan Anwar mengenai rundingan sempadan dilakukan berlandaskan prinsip ‘dua keluarga dan sahabat’.

Sebelum sidang media kedua pemimpinAnwar dan Jokowi menyaksikan pertukaran beberapa perjanjian yang ditandatangani wakil kementerian serta agensi berkaitan.

Kemudian, Anwar memulakan sesi dengan ucapan: “Rakan, sahabat sejati Presiden Republik Indonesia, Pak Jokowi.”

Di awal ucapan Jokowi pula berkata: “Kakak saya, sahabat baik saya, Yang Mulia Datuk Seri Anwar Ibrahim. Merupakan kehormatan bagi saya dan delegasi berkunjung ke Malaysia membalas kunjungan Perdana Menteri Anwar Ibrahim ke Indonesia pada bulan Januari yang lalu.”

Di Istana Bogor sempena lawatan rasmi ke Indonesia, Anwar, 75, berkata ‘walaupun saya sedikit tua daripada Pak Jokowi tetapi pengalaman beliau itu sangat saya hargai’, yang merujuk kepada perbincangan ringkas dengan Jokowi, 61.

Semasa sidang media pagi tadi kedua pemimpin turut saling memuji kepimpinan, menyaksikan Anwar berkata Jokowi merupakan tokoh luar biasa serta sentiasa berpihak kepada rakyat.

“Acara Presiden Jokowi hari ini luar biasa, beliau mahu ke Chow Kit. Itulah sosok Presiden Indonesia ini, selain ke Istana Negara pilihannya masih terus ke medan rakyat di Kuala Lumpur,” kata Anwar.

Jokowi yang menyambut baik penyelesaian rundingan sempadan di Laut Sulawesi dan Selat Melaka bahagian selatan yang tertangguh 18 tahun, berkata: “Terima kasih Anwar Ibrahim yang berkerja cepat bersama menteri-menterinya.”

Majoriti media melaporkan hasil perbincangan dua hala secara terperinci termasuk perlindungan tenaga kerja Indonesia dan usaha mewujudkan Community Learning Center di Semenanjung Malaysia. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 10 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 10 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar