web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Malaysia-Indonesia Meterai 6 Kerjasama Perkukuh Hubungan 2 Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2023 2:52PM

Jokowi tiba di Malaysia semalam bagi memulakan lawatan kerja dua hari atas jemputan Anwar, susulan lawatan rasmi beliau ke republik berkenaan pada Januari lepas. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perjanjian rentas sempadan antara Malaysia dan Indonesia merupakan antara enam instrumen dua hala yang ditandatangani kedua-dua negara sempena lawatan kerja dua hari Presiden Indonesia Joko Widodo ke Malaysia.

Menurut kenyataan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Joko Widodo, yang dikeluarkan selepas pertemuan kedua-dua pemimpin itu, perjanjian itu akan mengukuhkan lagi hubungan dua hala Malaysia-Indonesia, khususnya dalam bidang ekonomi dan keselamatan.

Perjanjian yang ditandatangani melibatkan hal berkaitan keselamatan sempadan termasuk di ibu kota baharu Indonesia, Nusantara di Kalimantan ditandatangani Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan rakan sejawatnya Muhammad Tito Karnavian.

Selain itu, Malaysia dan Indonesia juga memeterai dua kerjasama berhubung keselamatan perairan iaitu Perjanjian Berkaitan Persempadanan Laut Wilayah Kedua-dua Negara di Bahagian Paling Selatan Selat Melaka dan Persempadanan Laut Wilayah Dua Negara di Laut Sulawesi.

Kedua-dua perjanjian ditandatangani oleh Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir manakala Indonesia diwakili menterinya Retno Marsudi.

Turut ditandatangani dua kerjasama melibatkan bidang ekonomi iaitu Perjanjian Perdagangan Sempadan dan juga Kerjasama Promosi Pelaburan di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

Perjanjian itu ditandatangani oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz  manakala Indonesia diwakili Menteri Perdagangan Zulkifli Hasan dan Menteri Pelaburan Bahlil Lahadalia.

Kedua-dua negara juga menandatangani perjanjian bagi Pengiktirafan Bersama Pensijilan Halal Bagi Produk Domestik yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff dan Pengerusi Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal bagi Indonesia, Muhammad Aqil Irham.

Majlis pertukaran enam instrumen itu disaksikan Perdana Menteri dan Presiden Indonesia sejurus kedua-dua pemimpin selesai mengadakan mesyuarat.

Terdahulu, Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi tiba di Kompleks Seri Perdana pada 10 pagi dan disambut oleh Anwar.

Kedua-dua pemimpin kemudiannya mengadakan pertemuan empat mata bagi menilai kemajuan bidang kerjasama dan membincangkan isu dua hala kedua-dua negara yang tertunggak.

Jokowi tiba di Malaysia semalam bagi memulakan lawatan kerja dua hari atas jemputan Anwar, susulan lawatan rasmi beliau ke republik berkenaan pada Januari lepas.

Kali terakhir Jokowi mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia ialah pada 2019, selepas dilantik semula bagi penggal kedua menerusi Pilihan Raya Presiden pada 17 April. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar