web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


RM1 Juta Diperuntuk Lengkapkan Kemudahan Internet 19 Sekolah Di Lembah Pantai - Fahmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2023 6:12PM

Fahmi Fadzil berkata beliau akan berbincang dengan beberapa Ahli Parlimen yang lain untuk memanfaatkan peruntukan sedia ada dalam usaha merapatkan jurang digital - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan menerusi Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) memperuntukkan RM1 juta untuk melengkapkan kemudahan akses Internet di 19 sekolah dalam kawasan Parlimen Lembah Pantai.

Menteri berkenaan Fahmi Fadzil yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata peruntukan disalurkan berikutan terdapat aduan berkaitan masalah Internet yang dihadapi oleh guru dan pelajar sekolah berkenaan.

"Perlu usaha merapatkan jurang digital di kawasan sendiri (Lembah Pantai), antara aduan guru besar dan pengetua adalah masalah Internet dan sejak sebulan setengah yang lalu saya mengadakan pertemuan dengan semua wakil 19 sekolah berkenaan.

"Perkara ini diharap dapat dilaksanakan dalam tempoh beberapa bulan akan datang mulai sekarang, sebagai langkah permulaan," katanya pada sidang media selepas melancarkan kempen Hour of Code (HOC)  #MyGirlsCan 2023 bersempenaInternational Girls in ICT (GICT) Day 2023 di sini hari ini.

Fahmi berkata beliau akan berbincang dengan beberapa Ahli Parlimen yang lain untuk memanfaatkan peruntukan sedia ada dalam usaha merapatkan jurang digital.

"Mungkin kolaborasi dengan konglomerat atau syarikat yang berasa ada keperluan untuk turut serta terlibat dalam usaha ini," katanya.

Mengenai GICT Day, Fahmi berkata ia bertujuan meningkatkan minat golongan wanita khususnya dalam kalangan pelajar dan generasi muda tentang kepentingan bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

Pada masa sama, beliau berkata ia juga mendorong golongan berkenaan menceburi bidang Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam kerjaya dan kehidupan.

Katanya KKD menyasarkan 5,000 pelajar perempuan dari 500 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara akan menyertai Kempen HOC #MyGirlsCan 2023 yang bermula hari ini hingga 14 Julai. 

Kempen HOC yang terbuka kepada semua sekolah di seluruh negara dilaksanakan oleh KKD melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengekodan dan asas sain komputer.

MDEC juga bakal melaksanakan program Digital Ninja pada September ini bagi mengasah bakat kemahiran teknologi digital pelajar perempuan, memberi pendedahan kepada corak pemikiran kritikal, kreatif dan inovatif serta penyelesaian masalah dan keusahawanan. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 7 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar