web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kawasan SAR Kanak-Kanak 8 Tahun Dikhuatiri Lemas Diperluaskan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2023 2:13PM

Seramai 49 anggota pasukan penyelamat dan dua ekor anjing pengesan terlibat dalam operasi itu - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TANJUNG MALIM - Kawasan misi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak berusia lapan tahun yang dikhuatiri lemas di sungai berdekatan Teratak River View Lubuk Hantu, Simpang Empat diperluaskan sehingga sembilan kilometer daripada lokasi kejadian.

Ketua Operasi Penolong Penguasa Bomba Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim, Zairul Fahmi Mohd Nazari berkata misi yang memasuki hari keempat itu disambung 8 pagi tadi.

“Hari ini kami fokus kepada jarak tersebut dengan menggunakan teknik pencarian di permukaan air, skin dive (selaman tanpa pakaian menyelam lengkap) dan pencarian di tebing sungai yang bertumpu kepada tebing-tebing sungai dan bantuan dua ekor anjing pengesan berserta tiga anggotanya,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di lokasi kejadian.

Zairul Fahmi berkata seramai 49 anggota pasukan penyelamat dan dua ekor anjing pengesan terlibat dalam operasi itu dan 26 daripada mereka adalah anggota bomba, termasuk daripada BBP Tanjung Malim dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).

"Operasi ini turut dibantu tujuh anggota polis, tiga anggota daripada Rescue Bencana Malaysia yang membawa dron dan tujuh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia termasuk enam anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kampung Slim," katanya. 

Sabtu lepas, mangsa Edward Grang Anak Jenggut yang berasal dari Sarawak ke lokasi itu untuk berkhemah bersama keluarganya sempena cuti sekolah dan sepatutnya pulang pada petang hari kejadian.

Pada Sabtu, bomba menerima maklumat mangsa dikhuatiri lemas ketika mandi di sungai berkenaan dengan berpakaian baju renang berwarna hitam bertompok hijau, selepas kanak-kanak itu hilang pada 5.06 petang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Ekonomi 9 bulan yang lalu

Kilang EV Pertama Proton Cipta Sejarah, Pacu Industri Automotif Negara

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 13 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad