web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Projek Perumahan Di KL Wajib Bina Rumah Mampu Milik, PPR - Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2023 2:04PM

Anwar berkata terdapat 3,000 permohonan untuk mendiami rumah mampu milik atau PPR dalam setahun, sedangkan DBKL hanya mampu menawarkan 300 unit dalam tempoh sama. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan menekankan dasar mewajibkan pembinaan rumah mampu milik atau Projek Perumahan Rakyat (PPR) dalam semua projek perumahan yang diluluskan di Kuala Lumpur, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata sasaran sebelum ini untuk membina lebih banyak rumah mampu milik belum tercapai, justeru perubahan penetapan syarat itu bertujuan memastikan jumlah rumah berkenaan dapat ditingkatkan untuk keperluan rakyat tidak berkemampuan.

Anwar Ibrahim - Gambar dari Jabatan Penerangan
Anwar Ibrahim - Gambar dari Jabatan Penerangan

Perdana Menteri berkata masalah itu dianggap serius dan di ibu negara, terdapat 3,000 permohonan untuk mendiami rumah mampu milik atau PPR dalam setahun, sedangkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hanya mampu menawarkan 300 unit dalam tempoh sama.

“Kita buat perubahan sekarang (dalam mesyuarat) yang saya pengerusikan dua bulan lepas untuk tidak meluluskan mana-mana projek perumahan (di Kuala Lumpur) sekiranya mereka (pemaju) tidak membina unit rumah mampu milik atau PPR dalam projek sama.

“Mengenai soal syarat permohonan PPR DBKL yang ketat, saya juga setuju dan saya minta DBKL buat sikit penyesuaian (terhadap syarat permohonan),” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) berhubung syarat permohonan rumah PPR DBKL yang terlalu ketat sehingga golongan memerlukan seperti inidividu bujang yang kematian ibu bapa atau pemohon asal tidak layak membuat pemohonan baharu.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Suhaimi Abdullah (PN-Langkawi) sama ada berlaku pertindihan peranan pelbagai agensi perumahan, Anwar berkata kerajaan telah menubuhkan jawatankuasa Kabinet untuk menyeragamkan dan mengumpulkan semua agensi terlibat di bawah kelolaan kedua-dua timbalan perdana menteri.

“ … kecenderungan kita dahulu, sebaik ada masalah, kita tubuh agensi … ada masalah lagi, kita tambah agensi. Padahal kerjanya dan hal yang sama … maka, kita bawa semua agensi ini dan diselaraskan agar program perumahan untuk rakyat tidak bertindih,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 8 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam