web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


3 Lelaki Dikesan Menyamar Sebagai Polis Di Lebuhraya Utara Selatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2023 9:04PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Polis sedang mengesan tiga lelaki dipercayai menyamar sebagai anggota pasukan keselamatan itu yang mengejar sebuah kenderaan di Kilometer 41.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran susur keluar Sedenak di Kulai seperti ditularkan di media sosial hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kulai Superintenden Yusof Othman berkata pihaknya menerima laporan berhubung video berdurasi 27 saat itu daripada seorang anggota polis pada 1.52 tengah hari.

"Satu video dimuat naik oleh seorang pemilik akaun 'Freeman Gan WT' di laman Facebook memaparkan dirinya dikejar sebuah kereta yang menyamar sebagai pasukan polis semasa mangsa dalam perjalanan dari Singapura ke Genting Highlands melalui lebuh raya.

"Suspek dipercayai tiga lelaki bangsa tidak pasti memakai pelitup muka dan menggunakan lampu beacon biru seakan pasukan polis telah cuba menahan mangsa dengan membuat isyarat tangan agar mangsa memberhentikan kenderaan yang dipandu," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata bagaimanapun, mangsa belum hadir ke balai polis untuk membuat laporan mengenai kejadian itu.

Yusof berkata polis masih mengesan pemilik kedua-dua kenderaan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai atau menghubungi talian 07-6637 222 atau pegawai penyiasat di talian 010-7647 789. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan