Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 4 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


744 Laporan Kes Tipu Dalam Talian Libat Facebook - Teo

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2023 4:12PM

Sebanyak 744 laporan mengenai kes penipuan dalam talian melibatkan laman Facebook dilaporkan dari Januari hingga 25 Mei lepas. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KULAI - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima 744 laporan mengenai kes penipuan dalam talian melibatkan laman Facebook dari Januari hingga 25 Mei lepas.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching berkata ia diikuti dengan Telegram sebanyak 17 kes, Whatsapp (16), Instagram (tujuh) dan e-mel (satu).

Beliau berkata angka itu jelas menunjukkan kepentingan kerjasama antara kerajaan bersama penyedia platform media sosial supaya kes jenayah seumpama itu dapat diambil tindakan segera.

Teo Nie Ching - Gambar fail
Teo Nie Ching - Gambar fail

"Kementerian faham bahawa penyedia platform ada garis panduan komunitinya, itu perkara biasa. Sebagaimana perjumpaan yang dibuat bersama TikTok, Facebook dan Google, ia (adalah) untuk memastikan aktiviti yang melanggar undang-undang boleh diambil tindakan secepat mungkin.

"Begitu juga jika ada ucapan bersifat perkauman dan sebagainya, kami boleh hantar senarai (laporan) kepada penyedia platform, tetapi penyedia platform masih mengguna pakai atau rujuk garis paduan mereka untuk buat keputusan sama ada kandungan itu akan dipadam atau tidak," katanya kepada pemberita selepas menonton filem Polis Evo 3 bersama komuniti polis Kulai di sini hari ini.

Mengenai tindakan Telegram mengabaikan jemputan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) untuk berbincang dan mencari penyelesaian berhubung beberapa aduan, Teo berkata perjumpaan itu bertujuan mewujudkan kerjasama dalam mengekang aktiviti jenayah dan bukan bersifat politik atau menganggu kebebasan bersuara.

"Kalau mereka (Telegram) cakap bahawa perjumpaan pun tidak boleh kerana ia adalah campur tangan politik, saya mahu bertanya soalan ini, adakah anda fikir di Malaysia kita tidak mempunyai kebebasan bersuara? 

 "Adakah perjumpaan dengan kami, bermakna mereka (penyedia platfrom) jadi ‘slave’ kepada kerajaan, tidak kerana mereka ada garis panduan komuniti, tetapi untuk aktiviti yang memang menyalahi undang-undang seperti ‘online scam’, tindakan perlu diambil dan perlukan kerjasama semua pihak," katanya.

Sementara itu, berhubung Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta KKD melalui MCMC memantau hantaran berkisar naratif kaum dan agama yang dimainkan pemimpin politik di laman sosial untuk diambil tindakan, Teo mengingatkan semua pihak khususnya ahli politik agar tidak berbuat demikian kerana tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Menurutnya orang ramai dan ahli politik juga dinasihatkan supaya tidak menyalahgunakan platform media sosial dengan mengeluarkan kenyataan berbaur kebencian, perkauman dan agama terutama ketika menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

"Semua pihak terutama ahli politik perlu faham, ketika PRN memang ada persaingan, tetapi jangan disebabkan ada agenda dan mahu kemenangan, kita mengeluarkan kenyataan yang boleh beri kesan negatif kepada masyarakat," kata Ahli Parlimen Kulai itu. - Bernama

Sorotan

1

Mendiang Mutang Dikebumi Isnin

2

Tanah Milik Keluarga Ammar Baharin Yang Dipindah Milik Diratifikasi Semula – Amirudin

3

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Dikeluarkan Esok – Fahmi

4

Pokok Tumbang: Mangsa Lelaki Dibenar Keluar Hospital, Warga Sweden Masih Dirawat

5

Kecederaan Beberapa Tonggak Utama Resahkan TFC

6

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Pengundi India Tetap Akan Sokong PH Walaupun Kecewa - Sivarraajh

oleh Diyana Nawwar

Politik 22 jam yang lalu

Sudah Dilarang, Tapi Masjid Masih Dijadikan Pentas Berpolitik

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Harus Rebut Peluang Untuk Lakukan Pembaharuan Dalam Penyelidikan Klinikal - PM

Semasa 14 jam yang lalu

MINDEF Pertimbang Batal, Buka Semula Tender Jika Gagal Hantar Black Hawk