web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Proklamasi Melayu: Kertas Siasatan Tun M Selesai, 2 Lagi Pemimpin Akan Dipanggil

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2023 3:58PM

Dr Mahathir Mohamad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil dua lagi pemimpin politik berhubung siasatan terhadap mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed.

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, ia  berkaitan Proklamasi Orang Melayu serta penghinaan terhadap institusi Diraja. 

Abdul Hadi Awang akan turut dipanggil untuk siasatan terhadap Dr Mahathir. - Gambar fail
Abdul Hadi Awang akan turut dipanggil untuk siasatan terhadap Dr Mahathir. - Gambar fail

Menurut beliau, polis juga akan memanggil Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Dr P Ramasamy bagi membantu siasatan. 

"Kertas siasatan Dr Mahathir akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara pada Selasa ini, selari dengan peruntukan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan.

"Isu Proklamasi Orang Melayu masih di peringkat siasatan bagi rakaman percakapan Abdul Hadi dan Ramasamy,” katanya menerusi kenyataan. 

Kelmarin, percakapan Dr Mahathir dirakam berikutan kenyataan beliau yang didakwa berunsur penghinaan terhadap institusi Diraja dan Proklamasi Orang Melayu.

Keterangan beliau diambil di Yayasan Al-Bukhary pada 10.30 pagi semalam.

Sebelum ini, Abdul Hadi dan beberapa pemimpin Pas dilapor menandatangani dokumen bagi menandakan sokongan mereka terhadap gesaan Dr Mahathir supaya orang Melayu bersatu dan menyelamatkan masyarakat.

Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Ketua Penerangan, Razali Idris dan Ahli Majlis Tertinggi parti itu, Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid turut menandatangani dokumen tersebut atas kapasiti peribadi.

Pada masa sama, Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang mendakwa, Proklamasi Orang Melayu yang  dicetuskan Dr Mahathir hanya bermatlamat untuk menggulingkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menyifatkan proklamasi itu hanya propaganda politik untuk meraih sokongan orang Melayu, bagi menjatuhkan Kerajaan Perpaduan dan tidak berkaitan dengan usaha memartabatkan orang Melayu.

Katanya, proklamasi 12 perkara itu yang didakwa bertujuan menyelamatkan orang Melayu itu amat ironi kerana dicetuskan dan disokong pemimpin yang telah mengecewakan orang Melayu sebelum ini.

Sebelum ini, tular gambar memaparkan pertemuan antara  Dr Mahathir dan Abdul Hadi yang dipercayai berlaku di kediaman bekas Perdana Menteri itu.

Ia turut disertai beberapa pemimpin PAS dan sekretariat Proklamasi Orang Melayu. - Getaran, 4 Jun 2023.


 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 3 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar