web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


China Cuba Padam Sejarah Etnik Muslim Hui, Masyarakat Antarabangsa Digesa Bantah - ABIM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2023 8:46PM

Polis menghalang pintu masuk ke masjid Najiaying di Najiaying, daerah Tonghai, Yunnan, pada Sabtu. Gambar ini tersebar secara di media sosial China sebelum disekat. - Gambar dari thechinaproject.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan China bertekad mahu merobohkan sebuah masjid di Yunnan, China yang majoriti penduduknya Islam disifatkan sebagai hanya mahu melenyapkan sejarah dan sumbangan etnik Muslim Hui di wilayah berkenaan.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, ia susulan budaya dan seni diamalkan kaum terbabit sudah berakar, sehingga menjadi sebahagian budaya masyarakat China. 

Menurutnya, insiden itu amat mengecewakan dan membuktikan ketidakprihatinan kerajaan China terhadap kebudayaan umat Muslim Hui. 

Muhammad Faisal Abdul Aziz
Muhammad Faisal Abdul Aziz

“Kaum terbabit sudah bertapak serta membentuk sebahagian daripada kepelbagaian etnik di negara China. 

“ABIM memandang berat laporan media antarabangsa mengenai tindakan kerajaan China merobohkan Masjid Najiaying, iaitu sebuah masjid berusia lebih 650 tahun di Yunnan, China,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Beliau berkata, keputusan pemerintahan kuku besi itu turut mencetuskan bantahan besar-besaran dalam kalangan Muslim. 

“Bantahan itu mengakibatkan tangkapan serta tindakan di luar batas undang-undang berlaku di wilayah tersebut. 

“Atas semangat kepelbagaian dan kosmopolitanisme sejagat, ABIM menyeru umat Islam serta masyarakat antarabangsa menzahirkan keprihatinan dan bantahan terhadap sikap tidak prihatin pihak berkuasa Republik Rakyat China,” katanya. 

Terdahulu, kumpulan penunjuk perasaan bertempur dengan pasukan polis berhubung rancangan pihak berkuasa tempatan ingin merobohkan kubah sebuah Masjid Najiaying di bandar Yunnan yang majoriti penduduknya Islam.

Beberapa imej dikongsikan menerusi media sosial menunjukkan, orang ramai berhimpun di luar Masjid Najiaying yang dipercayai dibina sejak abad ke-13 di pekan Nagu, pada Sabtu lalu.

Perhimpunan itu bertukar ganas apabila penunjuk perasaan mula merusuh dan cuba dikawal anggota polis bertugas.

Masjid Najiaying yang menjadi mercu tanda utama Yunnan dan pengurusan institusi agama itu hanya melakukan ubah suai selepas beberapa tahun pembinaan, menyaksikan kubahnya diperbaharui.

Namun, pada 2020, mahkamah memutuskan ubah suai terbabit sebagai tidak sah di sisi undang-undang dan mengarahkan supaya kubah baharu dibina itu dirobohkan.

Keputusan mahkamah itu mencetuskan beberapa demonstrasi sebelum ini. - Getaran, 3 Jun 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 7 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran