web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hubungan Kukuh Negeri, Persekutuan Penting - Ahmad Zahid

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2023 8:24PM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar dari Facebook Zahid Hamidi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAPIT (Sarawak) - Hubungan kukuh antara kerajaan negeri dan pusat penting dalam perlaksanaan projek pembangunan rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 

Katanya usaha memperkukuhkan hubungan itu selari dengan misi kerajaan MADANI yang mahu setiap rakyat di negara ini mendapat manfaat daripada setiap pembangunan yang dilaksanakan kerajaan.

"Apatah lagi jika kerajaan negeri itu sentiasa bersama-sama kerajaan pusat, maka kerajaan pusat pasti akan terus menyalurkan peruntukan melebihi apa yang sepatutnya diperolehi negeri itu.

"Inilah yang dilakukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri," katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Sambutan Perayaan Gawai 2023 di Dewan Suarah Kapit di sini, hari ini.

Ahmad Zahid tiba di Majlis Rumah Terbuka Sambutan Perayaan Gawai 2023 di Dewan Suarah Kapit.
Ahmad Zahid tiba di Majlis Rumah Terbuka Sambutan Perayaan Gawai 2023 di Dewan Suarah Kapit.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata hubungan erat itu akan membolehkan setiap perancangan dan perlaksanaan pembangunan berjalan lancar.

Menurutnya hubungan erat Kerajaan negeri Sarawak dan Kerajaan Persekutuan telah membolehkan pelbagai pembangunan dapat dilaksanakan dengan lancar di negeri itu.

Pada majlis itu juga beliau mengumumkan pembinaan projek Kolej Profesional Mara di Kapit yang telah diluluskan sebelum ini dan akan dilaksana pembinaannya pada tahun ini.

Beliau turut mengumumkan projek pembinaan jalan Nanga Samaram ke Nanga Beguang bernilai RM170 juta dan Jalan Sungai Sut - Rumah Juntan (RM60 juta) dipercepatkan, dan pelaksanaan projek Skim Bekalan Air Alternatif Kapit bernilai RM60 juta selain pembinaan jambatan Sungai Amang menghubungkan Rumah Richard Engking dengan jalan utama bernilai RM4.8 juta.

Sementara itu pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Richard Engking, Ahmad Zahid meluluskan peruntukan sebanyak RM1.3 juta untuk menaik taraf rumah panjang dan menukar pendawaian elektrik bagi manfaat 48 keluarga dan kira-kira 400 penduduknya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 13 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan