web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anwar Bangkit Isu Tandas Sekolah Rosak, Kotor Yang Tiada Kesudahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2023 5:38PM

Anwar berbual dengan salah seorang peniaga di medan selera D'Anjung Selera MADANI di Bandar Tun Razak dekat sini hari ini. - Gambar dari Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membangkitkan mengenai isu tandas sekolah kotor yang disifatkannya sebagai tidak berkesudahan.

Katanya beliau tahu mengenai keadaan tandas sekolah yang kebanyakan rosak dan kotor namun kemudahan asas itu kekal tidak terjaga seolah-olah dibiarkan oleh pihak yang bertanggungjawab sehingga ada murid tidak ke tandas sepanjang waktu persekolahan.

"Saya telah arahkan Menteri Pendidikan (Fadhlina Sidek) semak, bahawa tandas di sekolah banyak yang rosak, berpuluh tahun tapi tidak ada siapa yang peduli. 

"Sekarang saya kata bagaimana nak hantar anak kita ke sekolah tapi tandas pun tidak ada," katanya ketika berucap merasmikan medan selera D'Anjung Selera MADANI di Bandar Tun Razak dekat sini hari ini.

Anwar Ibrahim - Gambar dari Facebook Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim - Gambar dari Facebook Anwar Ibrahim

Mengimbau kenangan ketika beliau menjawat Menteri Pendidikan pada 1986 sehingga 1991, Anwar berkata aspek kebersihan tandas merupakan antara perkara yang diberikan keutamaan antaranya mengarahkan sekolah melaksanakan giliran murid membersihkan tandas.

Anwar berkata langkah itu menyebabkan ada ibu bapa 'kelas atasan' menghantar telegram kepadanya yang mempersoalkan tindakan itu kerana pada mereka, anak-anak dihantar ke sekolah untuk belajar bukannya mencuci tandas.

Perdana Menteri berkata anak-anak di sekolah perlu dididik aspek kebersihan termasuk dilatih melaksanakan aktiviti mencuci tandas sebagai satu daripada aspek pembelajaran dan ia perlu dilaksanakan tanpa mengira kedudukan ibu bapa mereka. 

"Kalau anak kita dilatih untuk cuci tandas dia tahu bagaimana ibu bapa dia buat kerja di rumah. Dia akan hargai tukang cuci di jalanan atau di tandas-tandas awam bahawa ada nilai bagi setiap kerja yang dibuat," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad