web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cuaca Panas: Solat Hajat Mohon Doa Kesejahteraan Diadakan Esok - Na'im

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2023 9:21PM

Jabatan Metrologi sebelum ini menjangkakan Malaysia akan mengalami cuaca panas dan kering berpanjangan sehingga Ogos, susulan peralihan monsun - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Masjid dan surau di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diminta melaksanakan solat hajat esok, bagi memohon kesejahteraan buat negara dan masyarakat berikut keadaan cuaca panas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dalam kenyataan hari ini berkata masjid dan surau di bawah dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) turut diminta berbuat perkara sama.

“Negara sedang berhadapan dengan keadaan cuaca panas dan kering yang memberikan kesan kepada kehidupan masyarakat dalam urusan seharian. Sehubungan dengan itu, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk terus berdoa supaya cuaca kembali berada dalam keadaan baik.

“Saya telah meminta masjid-masjid di bawah seliaan JAKIM iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, untuk melaksanakan solat hajat pada 1 Jun,”  katanya.

Jabatan Metrologi sebelum ini menjangkakan Malaysia akan mengalami cuaca panas dan kering berpanjangan sehingga Ogos, susulan peralihan monsun. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

10 Kawasan Di Semenanjung Catat Cuaca Panas Tahap Berjaga-jaga - MetMalaysia

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Cuaca Panas Dijangka Berterusan Sehingga Julai - Nik Nazmi

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Kepala Lori Terbakar Di Lebuh Raya

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Cuaca Panas Kekal Hingga April

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 5 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam