web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Atasi Kesesakan, PLUS Uji ‘SmartLane’ Di Laluan USJ-Seafield Mulai Esok

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2023 9:07PM

Ujian tersebut akan dilaksanakan di laluan USJ ke Seafield antara Kilometer (KM)8.1 hingga KM6.1 (arah utara) di lebuhraya ELITE bermula jam 6.30 pagi hingga 9.30 pagi setiap Isnin hingga Ahad, bermula esok sehingga 31 Ogos depan - Gambar ihsan PLUS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan mengadakan ujian rintis awam ‘SmartLane’ di laluan USJ-Seafield bermula esok bagi melancarkan pergerakan trafik, terutama pada waktu puncak di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE).

Pengurus Besar Kanan Operasi PLUS, Mohd Yusuf Abdul Aziz berkata, ujian tersebut akan dilaksanakan di laluan USJ ke Seafield antara Kilometer (KM)8.1 hingga KM6.1 (arah utara) di lebuhraya ELITE bermula jam 6.30 pagi hingga 9.30 pagi setiap Isnin hingga Ahad, bermula esok sehingga 31 Ogos depan.

Menurutnya, sepanjang tempoh tersebut (kecuali hari kelepasan am) lorong paling kiri sedia ada akan dibuka sebagai laluan tambahan untuk menambah kapasiti lorong sedia ada dan membantu melancarkan trafik pada waktu puncak.

Mohd Yusuf Abdul Aziz - Gambar ihsan PLUS
Mohd Yusuf Abdul Aziz - Gambar ihsan PLUS

“Ujian rintis awam ini dilaksanakan dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Ia bertujuan mengoptimumkan penggunaan semua laluan dan meningkatkan kapasiti lorong bagi mengurangkan kesesakan trafik di laluan kritikal lebuh raya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelas beliau lagi, ketika laluan ‘SmartLane’ tersebut diaktifkan, pengguna lebuh raya dibenarkan memasuki dan memandu di laluan kecemasan untuk sementara waktu.

Katanya, ia sebagai langkah untuk menambah kapasiti laluan terbabit sebelum diarahkan untuk masuk semula ke laluan utama lebuh raya bagi meneruskan perjalanan mereka.

Bagaimanapun, beliau berkata, pengguna lebuh raya dilarang sama sekali menggunakan bahu jalan atau laluan kecemasan di lokasi lain di mana tiada laluan ‘SmartLane’ diaktifkan.

“Berdasarkan kajian dan rekod PLUS, pertembungan trafik serta keadaan jalan yang sedikit mendaki menyebabkan peningkatan trafik yang tinggi dan sedikit perlahan di laluan tersebut.

“Oleh itu, langkah proaktif PLUS melaksanakan ujian rintis awam laluan ‘SmartLane’ di kawasan terbabit adalah untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas pada waktu puncak setiap pagi pada hari bekerja, di samping membantu PLUS memperbaiki tahap perkhidmatan di lebuh raya,” katanya.

Laluan ‘SmartLane’ dijangka dapat memendekkan tempoh perjalanan di laluan terbabit pada waktu puncak sekiranya tiada sebarang insiden kemalangan atau kerosakan kenderaan di laluan tersebut - Gambar ihsan PLUS
Laluan ‘SmartLane’ dijangka dapat memendekkan tempoh perjalanan di laluan terbabit pada waktu puncak sekiranya tiada sebarang insiden kemalangan atau kerosakan kenderaan di laluan tersebut - Gambar ihsan PLUS

Beliau berkata, PLUS turut melakukan pelbagai persediaan untuk melaksanakan inisiatif ini, antaranya pemantauan PDRM, JPJ dan pasukan PLUSRonda serta memasang papantanda trafik dan menyediakan trak tunda tambahan di lokasi sekiranya berlaku kecemasan.

“Secara puratanya, kira-kira 75,000 kenderaan menggunakan laluan USJ-Seafield di Lebuhraya ELITE setiap hari. Daripada jumlah tersebut, 58 peratus menggunakan laluan terbabit secara serentak pada waktu puncak di sebelah pagi.

“Laluan ‘SmartLane’ dijangka dapat memendekkan tempoh perjalanan di laluan terbabit pada waktu puncak sekiranya tiada sebarang insiden kemalangan atau kerosakan kenderaan di laluan tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Yusuf berkata, pengguna lebuh raya boleh mengenalpasti penggunaan laluan ‘SmartLane’ berkenaan melalui papan tanda laluan ‘SmartLane’ serta pengawal trafik yang ditempatkan di lokasi terbabit atau merujuk laman media sosial PLUS di Facebook dan Twitter PLUSTrafik.

Malah katanya, pengguna lebuh raya juga dinasihatkan supaya mematuhi semua papan tanda trafik serta arahan yang dikeluarkan PLUS dari semasa ke semasa ketika melalui kawasan terbabit. – Getaran, 31 Mei 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 11 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 12 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad