web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kepercayaan, Saling Menghormati Tingkatkan Hubungan Malaysia-China - Pakar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2023 5:30PM

China dan Malaysia menyambut ulang tahun ke-49 jalinan diplomatik pada hari ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - China dan Malaysia menyambut ulang tahun ke-49 jalinan diplomatik pada Rabu, dengan hubungan itu menunjukkan bagaimana kepercayaan dan saling menghormati telah membentuk perkongsian berkekalan yang terus membuahkan hasil, kata seorang pemerhati politik, lapor Xinhua.

Pakar politik di Universiti Islam Antarabangsa, Lee Pei May, berkata hubungan itu semakin kukuh, dengan kedua-dua negara menumpukan kepada usaha mempromosi aktiviti dua hala, terutama dalam bidang ekonomi.

Hubungan perdagangan istimewa antara kedua-duanya juga telah memberi manfaat kepada Malaysia, katanya.

"Semasa pandemik COVID-19, Malaysia adalah antara negara yang menerima keutamaan akses kepada vaksin yang dibangunkan oleh China. Akses awal ini adalah asas kepada kejayaan Program Imunisasi Kebangsaan Malaysia, yang telah membantu melindungi kehidupan dan mata pencarian rakyat," katanya dalam temu bual dengan Xinhua baru-baru ini.

Memandangkan Bank Dunia mengunjurkan peningkatan risiko kemelesetan global pada 2023, Malaysia perlu memastikan perdagangan dan pelaburan dengan China dapat berkembang.

"Berdasarkan kedudukan China sebagai rakan dagangan terbesar Malaysia sejak 2009, kami menjangkakan dagangan akan terus berkembang antara kedua-dua negara dan kerjasama ekonomi akan mencapai tahap baharu yang membolehkan Malaysia mengharungi kemelesetan yang diunjurkan pada 2023," katanya.

Lee berkata lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Beijing baru-baru ini dan penyertaan dalam Forum Boao, sangat berjaya dalam mendapatkan komitmen China terhadap jumlah pelaburan yang besar yang akan menggalakkan pelabur asing lain membuat pelaburan di Malaysia.

Malaysia wajar memanfaatkan kedudukannya dalam Persatuan ASEAN untuk memperjuangkan keamanan, kerjasama dan pertumbuhan ekonomi serantau, katanya.

China dan Malaysia menjalinkan hubungan diplomatik pada 31 Mei 1974. - Bernama-Xinhua

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 10 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini