web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Akidah Yang Bersih, Mampu Selamatkan Diri Daripada Syirik - Pemangku Raja Perlis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2023 7:20AM

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah pada Majlis Penutup Perkampungan Sunnah Siri Kelapan di Masjid Alwi di sini malam tadi. - Gambar dari Facebook MAIPs

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KANGAR - Akidah yang bersih mampu menyelamatkan seseorang itu daripada syirik dan membawa kepada jalan hidup yang benar, titah Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Baginda bertitah syirik adalah “ibu kesalahan fikir” yang membawa seseorang ke arah cara berfikir yang salah dalam pelbagai perkara.

"Sementara khurafat atau kepercayaan yang tidak berasas hanya akan merosakkan fikiran manusia," titah baginda pada Majlis Penutup Perkampungan Sunnah Siri Kelapan di Masjid Alwi di sini malam tadi.

Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli, barisan exco kerajaan negeri dan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah jika dibiarkan manusia akan mengharap kepada sesuatu yang tidak wujud ataupun tidak benar. 

"Dalam membetulkan cara fikir seseorang insan, syirik dan khurafat hendaklah dibersihkan dari merosakkan akal fikirannya.

 Maka tema Perkampungan Sunnah yang dipilih kali ini iaitu 'Membanteras Syirik, Menghapus Khurafat' mengangkat ketinggian intelektualisme atau keupayaan fikir dan kekuatan akidah umat Islam," titah baginda.

Baginda bertitah Islam adalah suatu agama yang meletakkan tauhid kepada Allah Aza Wajalla sebagai teras dalam penerimaan segala amal ibadah.

"Apa yang menggusarkan apabila sebahagian daripada umat ini melakukan perkara yang boleh menjerumuskan diri mereka kepada dosa syirik," titah baginda.

Baginda bertitah dalam berakidah, seseorang Muslim  wajib menjadikan al-Quran dan al- Sunnah sebagai panduan dalam kehidupannya. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 16 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar