web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes Gaduh Tampoi: Lima Lelaki, Seorang Wanita Direman 4 Hari

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2023 7:17AM

Polis menahan enam individu, termasuk seorang wanita warga tempatan berumur 24 hingga 35 tahun berhubung kes pergaduhan di Tampoi, Johor Bahru, Johor, kelmarin. - Tangkap layar dari video tular di media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Polis menahan enam individu, termasuk seorang wanita warga tempatan berumur 24 hingga 35 tahun berhubung kes pergaduhan di Tampoi, Johor Bahru, Johor, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asistan Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, pihaknya mengesan video tular di Twitter semalam memaparkan pergaduhan sekumpulan lelaki, dimuat naik seorang pemilik media sosial itu.

“Siasatan yang dijalankan mendapati, kejadian berlaku pada 27 Mei lalu, kira-kira jam 11.40 malam di kawasan Tampoi, Johor Bahru.

“Ekoran kejadian terbabit, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Johor Bahru Utara menahan lima lelaki dan seorang perempuan warga tempatan, berumur lingkungan 24 hingga 35 tahun,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Beliau berkata, kesemua suspek ditahan reman selama empat hari bermula 28 Mei hingga Rabu ini.

Katanya, kes itu disiasat di bawah peruntukan undang-undang, Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Selain itu, beliau berkata, ia disiasat di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, pelaku boleh dipenjara maksimum tujuh tahun dan dikenakan denda.

“Ia juga disiasat di bawah Seksyen 385 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau sebatan atau kedua-duanya.

“Pihak polis sudah mengenal pasti serta dalam tindakan mengesan beberapa suspek yang masih bebas,” katanya.

Balveer Singh berkata, pihak polis menasihatkan masyarakat agar tidak mensensasikan isu berkenaan, sehingga boleh memudaratkan ketenteraman awam.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini, boleh menyalurkannya kepada pegawai penyiasat, iaitu penolong penguasa polis, Risman Sahid di talian 019-7766043,” katanya. – Getaran, 29 Mei 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad