web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tanpa Perpaduan Rakyat Bersama Pimpinan, Negara Sukar Laksana Malaysia MADANI, ‘Jauhi Provokasi’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2023 7:18AM

Konsep Malaysia MADANI menggambarkan pautan baik antara kerajaan dan rakyat berlandaskan kepada asas ketelusan serta kerjasama. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Hasrat dan usaha kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam membangunkan kerangka Malaysia MADANI, memerlukan tapak asas kukuh, iaitu kerjasama dan perpaduan yang dijana dari peringkat akar umbi (rakyat) hingga kepada pucuk pimpinan.

Menerusi teks dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), bagi memastikan kerangka disusun itu dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan, perbezaan yang wujud dalam kemajmukan masyarakat serta latar belakang pendidikan, perlu dimanfaatkan sebaiknya untuk menjana idea dan tenaga.

Katanya, tanpa perpaduan, sangat sukar untuk melaksanakan segala kerangka, visi dan misi diperkenalkan, apatah lagi mencapai sebuah Malaysia MADANI.

“Justeru, marilah kita semua bersama-sama menggembeleng idea dan tenaga dengan mengetepikan perbezaan politik kepartian serta pendapat, bagi menjayakan hasrat murni kerajaan dalam Membangun Malaysia MADANI.

“Jika bukan kita sendiri yang sama-sama melaksanakannya, kepada siapa lagi hendak kita harapkan?” katanya.

Menurut kenyataan terbabit, enam kerangka Malaysia MADANI, iaitu Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan dan Ihsan dicetuskan kerajaan itu juga bermatlamat menjadikan negara dapat dibina secara kukuh dan stabil, bersama-sama dengan meningkatnya kesejahteraan seluruh rakyat tanpa mengira kaum, agama dan perbezaan latar belakang lain.

Kemampanan, katanya, merujuk kepada kemajuan mutu kehidupan bangsa dalam acuan antara manusia dan alam, bernuansakan citra Malaysia yang unik.

Ujarnya, Kemampanan juga mensyaratkan kesejahteraan dan keseimbangan dengan pengertian saling menghormati serta mengasihi sesama manusia, selain terhadap alam sekitar, termasuk haiwan dan tumbuhan.

“Kesejahteraan pula mensasarkan kesejahteraan duniawi dan ukhrawi. Kesejahteraan turut merangkumi kesejahteraan negara melalui pertumbuhan ekonomi mampan dari satu sisi dan pada sisi lainnya juga turut menekankan kesuburan amalan kerohanian.

“Dari segi Daya Cipta, negara yang berdaya cipta akan menyediakan persekitaran dan infrastruktur mampu merangsang kreativiti serta menggalakkan penghasilan produk, idea, sistem dan proses lebih maju,” katanya.

Manakala, kerangka Hormat memerlukan tumpuan khusus kepada maruah dan amalan saling menghormati, berdedikasi, memiliki nilai kesaksamaan serta berintegriti tinggi.

“Keyakinan mempunyai kaitan sangat erat dengan amanah. Ia adalah elemen terpenting yang lebih dari sekadar memelihara reputasi individu, malah menjadi perkara pokok dalam perjalanan kehidupan manusia sehari-hari, bermula dalam lapangan perniagaan hingga kepada kehidupan bermasyarakat.

“Ihsan sinonim dengan kepedulian dan belas kasihan. Dengan mengasihi orang lain akan mengukuhkan teras kepada sebuah visi Malaysia yang ihsan. Ia juga merujuk kepada tanggungjawab sosial menyeluruh dan berterusan,” katanya.

Selain itu, kenyataan berkenaan menegaskan, sikap saling menghormati antara satu sama lain, perlu menjadi amalan berterusan bagi seluruh rakyat tanpa mengira status sosial dan latar belakang, dalam memastikan kesejahteraan serta kestabilan negara terjamin setiap masa.

Dalam masa sama, katanya, Islam yang termaktub sebagai agama rasmi Persekutuan perlu dihormati, di samping kita turut menghormati pegangan agama dan kepelbagaian kebudayaan dimiliki di negara ini.

Malah, kenyataan itu menggesa masyarakat menjadi warganegara bertanggungjawab dengan menjauhi sebarang bentuk provokasi yang bertujuan merosakkan hubungan antara mereka.

“Dengan terbentuknya negara yang aman dan sejahtera, akhirnya akan mensejahterakan ekonomi, pendidikan, moral dan peradaban, selain mengharmonikan seluruh lapisan masyarakat,” katanya.

Pada 19 Januari lalu, Anwar mengumumkan konsep ‘Membangun Malaysia Madani’ (Malaysia MADANI) sebagai kerangka dasar baharu negara yang dirumus bagi mencipta lonjakan baharu.

Beliau berkata, pemilihan konsep itu kerana ia dianggap akan kekal relevan dan mampu menyelamatkan negara.

Konsep Malaysia MADANI menggambarkan pautan baik antara kerajaan dan rakyat berlandaskan kepada asas ketelusan serta kerjasama.

MADANI Malaysia menggantikan konsep ‘Keluarga Malaysia’ yang diguna pakai ketika pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. – Getaran, 29 Mei 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 2 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Luar Negara 8 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad