web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cadangan Tubuh Pusat Mediasi Selesai Pertikaian Islam, Bukan Islam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2023 8:17PM

Mohd Na’im Mokhtar - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mencadangkan satu pusat media di luar konteks mahkamah ditubuhkan bagi menyelesaikan pertikaian membabitkan orang Islam dan bukan Islam.

Beliau berkata proses mediasi itu adalah berbentuk tidak formal dan memerlukan satu platform bersesuaian untuk dilaksanakan bagi membantu pihak yang terlibat selain daripada konteks mahkamah.

“Hal ini kerana melibatkan pertikaian antara orang Islam dan bukan Islam iaitu bapa yang bukan Islam dan ibu serta anak beragama Islam, tanpa memprejudiskan mana-mana pihak… selain membabitkan dua mahkamah berbeza iaitu sivil dan syariah.

“Kita tidak mahu mana-mana pihak mengambil peluang ini hingga menyebabkan berlaku perseteruan serta ketidaktenteraman. Kita mahu lahirkan masyarakat bersatu padu dan saling memahami,” katanya ketika ditemui pada majlis memperkenalkan al-Quran terbaharu terbitan Karya Bestari, Grup Buku Karangkraf sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kali ke-40 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kes perebutan hak penjagaan anak selepas video rakaman yang tular di media sosial baru-baru ini memaparkan seorang ibu dan anak berusia sembilan tahun terpaksa berpisah setelah Mahkamah Tinggi Kuantan memutuskan hak penjagaan kanak-kanak terbabit diserahkan kepada bapanya.

Difahamkan kanak-kanak itu merupakan anak kepada pasangan Orang Asli yang telah bercerai dan dijaga ibunya yang telah memeluk Islam namun menjadi mangsa perebutan hak jagaan.

Mahkamah Tinggi Kuantan pada Khamis lepas memerintahkan kanak-kanak terbabit diserahkan kepada bapanya yang bukan beragama Islam menerusi perintah habeas corpus.

Mohd Na’im bagaimanapun berkata penubuhan pusat mediasi itu masih memerlukan kajian lanjut oleh pihak berwajib agar ia boleh dilaksanakan sama ada di bawah mahkamah sivil atau sebaliknya. 

“Apa yang paling penting pengantara yang dilantik dalam proses mediasi itu mestilah terdiri daripada gabungan pakar undang-undang syariah, pakar undang-undang sivil dan pakar kanak-kanak. Saya yakin dengan cara informal ini dapat menyelesaikan masalah secara adil serta kepentingan kanak-kanak tersebut dijaga,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai video ajaran sesat didakwa melibatkan sebuah sekolah pondok atau pesantren di negara jiran yang tular di media sosial, Mohd Na’im berkata satu jawatankuasa pakar syariah akan dibentuk secepat mungkin oleh Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) untuk mengkaji pesantren itu.

“Kajian ini akan dibawa kepada jawatankuasa muzakarah dan seterusnya jawatankuasa ini akan bersidang dan membuat keputusan. Satu cadangan akan diserahkan kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) untuk memutuskannya,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial video memaparkan satu majlis agama berunsurkan ajaran sesat di sebuah pesantren di negara jiran yang menyanjung Israel dan didakwa turut disertai ramai rakyat Malaysia sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan warganet. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 19 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan