Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Draf Undang-Undang Penubuhan Majlis Media Dijangka Dibentang Seawal Oktober Ini - Fahmi

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2023 6:12PM

Fahmi Fadzil - Gambar oleh Amirul Fitri Hamizan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dalam fasa akhir untuk menyiapkan draf undang-undang bagi penubuhan Majlis Media Malaysia.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, kandungan draf itu adalah hasil daripada proses libat urus antara KKD, pengamal media dan pihak pernah terlibat sebelum ini.

Katanya, draf disiapkan beliau bersama Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching itu akan dimajukan kepada Pejabat Peguam Negara untuk penelitian.

“Seterusnya ia (draf) akan diangkat ke mesyuarat Jemaah Menteri.

“Selepas diterima dan diluluskan di Jemaah Menteri, maka ia akan dibentangkan di Parlimen,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 dan Pelancaran Tabung Kasih@HAWANA di sini, sebentar tadi.

Pelancaran Tabung Kasih@HAWANA itu disempunakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Fahmi memaklumkan, pihak KKD menjangkakan draf terbabit dibentang seawalnya pada sidang media Oktober depan.

“Ataupun selewat-lewatnya sidang pertama pada tahun 2024 sekitar Mac.

“Jadi, insya allah menjelang tahun depan kita harap, HAWANA 2024 akan dapat diurus, diselenggara dan dilaksanakan Majlis Media Malaysia,” katanya.

Cadangan penubuhan Majlis Media Malaysia yang merangkumi seluruh media di negara ini, iaitu media cetak,  media elektronik (penyiaran) dan media internet, bertujuan menjaga kepentingan akhbar dan media,  sekali gus memelihara kepentingan negara.

Majlis itu juga akan memastikan kebebasan akhbar dan media dipertahankan, liputan tidak berat sebelah, menjaga ia supaya sentiasa terbuka, menerima aduan orang ramai berhubung tindakan media serta menjadi badan rujukan mengenai perkara berkaitan akhbar, media dan kewartawanan.

Penubuhan majlis itu akan menjalankan tugas memberi pendidikan dan pemahaman mengenai media serta persuratkhabaran kepada orang awam menerusi bengkel, seminar dan sebagainya, selain membuat syor kepada kerajaan berhubung undang-undang dan peraturan berkaitan media serta tribunal menyiasat aduan berhubung media dan laporannya. 

Malah, mengenai had keanggotannya, ia tidak boleh disertai ahli politik, sama ada dari parti pemerintah, parti pembangkang atau kerajaan untuk mencerminkan kebebasan majlis itu, kecuali RTM dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) atas dasar profesionalisme.

Pengerusi Majlis Media hendaklah seorang hakim mahkamah Persekutuan atau hakim mahkamah rayuan,  sama ada sedang bertugas atau bersara.

Berhubung pembiayaannya, ia hendaklah datang daripada sumber negara,  iaitu Peruntukan Perbendaharaan, manakala badan media wajar menyumbang dengan disalurkan melalui Parlimen.

Selain itu, Fahmi berkata, susulan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta edisi HAWANA seterusnya diuruskan sebuah entiti, iaitu majlis media seperti disebut dalam ucapan Ahli Parlimen Tambun berkenaan, beliau sendiri sudah memaklumkan bahawa draf berhubung perkara berkenaan sedang dilaksanakan.

“Saya juga sudah memaklumkan kepada Perdana Menteri bahawa hasil daripada sesi libat urus di antara rakan media serta pihak KKD membabitkan beberapa urusan yang menyentuh isu perbelanjaan pengiklanan, termasuk apa boleh diusahakan dari segi mungkin percukaian atau usaha mengembalikan serba sedikit dana berkaitan perbelanjaan pengiklanan kepada media di Malaysia.

“Perkara ini sedang diteliti lebih mendalam dan insyaallah selepas proses itu selesai, kita akan bawa ke Jemaah Menteri. Saya sudah menerima beberapa kerangka awal bagi makenisme digunapakai di negara lain, tapi untuk penelitian serta penyesuaian dengan keadaan di Malaysia,” katanya.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, KKD menjangkakan kementeriannya boleh membentuk sebuah pasukan petugas untuk proses libat urus lebih mendalam.

Tegasny, beliau menjangkakan, mungkin selepas beberapa bulan, iaitu jika pihaknya dapat memanfaatkan dan mengusahakan dengan gigih berhubung penubuhan berkenaan, ia boleh dibawa draf ke Pejabat Peguam Negara, diikuti ke Jemaah Menteri.

Komitmen itu, katanya, dianggap mungkin satu daripada cara dan ikhtiar yang dapat kita usahakan bersama.

“Penting untuk saya sebutkan kerana kita belum pernah berusaha bersama rakan-rakan industri media untuk melihat satu aspek seperti yang saya sebutkan tadi, melibakan advertising expenditure (perbelanjaan pengiklanan).

“Jadi saya harap media selepas ini juga dapat terus memberikan idea, cadangan, pandangan dan kami di pihak KKD akan berusaha mempercepat proses kerana kami sedar, kami tahu ini antara perkara yang memang sangat diharapkan serta didambakan rakan media,” katanya. - Getaran, 28 Mei 2023

Sorotan

1

Cuaca Panas Dijangka Berterusan Sehingga Julai - Nik Nazmi

2

Papagomo Tak Mengaku Salah Hasut, Datangkan Kebencian Terhadap Agong 

3

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

4

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

5

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

6

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Hina Islam: Kerajaan Wujud Talian, Emel Khas Untuk Aduan Kes - Menteri

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Naikkan Had Umur Lesen B Kepada 18 Tahun - Pakar

oleh Diyana Nawwar

Sukan 12 jam yang lalu

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

Semasa 1 hari yang lalu

Selangor Sasar Noktah Miskin Tegar Julai Ini - MB