web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PM Zahir Rasa Simpati Atas Pemergian Wira Negara Awang Askandar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2023 10:21PM

Jenazah Allahyarham Awang Askandar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Benoni, Papar, Sabah pada 5.20 petang tadi. - Gambar dari Twitter @anwaribrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa sedih dan simpati atas kehilangan wira negara Leftenan Kolonel Awang Askandar Ampuan Yaacub yang meninggal dunia pada 19 Mei lepas sewaktu mendaki puncak tertinggi di dunia Gunung Everest.

Anwar menerusi ciapan di akaun Twitter berkata pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar buat negara selain mengundang rasa pilu rakyat Malaysia.

“Saya sempat ketemu saudara Awang (Askandar) di Parlimen sebelum keberangkatannya ke Everest dan ternyata sikap serta semangat yang ditonjolkan amat mengujakan.

“Saya dan keluarga serta seluruh rakyat Malaysia mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan bersama golongan beriman selain kaum keluarganya diberikan ketabahan serta kekuatan dalam menempuhi ujian ini,” katanya.

Awang Askandar, 56, yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, dilaporkan terjatuh ketika melakukan pendakian ke puncak Gunung Everest pada ketinggian kira-kira 8,000 meter dari aras laut sebelum disahkan meninggal dunia ketika hendak diberikan rawatan di Kem 4.

Jenazah peserta misi pendakian Malaysia Everest 2023 itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Benoni, Papar, Sabah pada 5.20 petang tadi. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 15 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad