web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


UNESCO Iktiraf Kinabalu Geopark Sebagai Global Geopark Ke-2 Di Malaysia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2023 6:02PM

Kinabalu Geopark telah menjalani penilaian oleh panel penilai rangkaian UNESCO Global Geopark (UGGp) pada 18 hingga 21 Julai 2022. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) Global Geopark telah mengiktiraf Kinabalu Geopark, Sabah sebagai kawasan Global Geopark Malaysia yang ke-2 pada Khamis lepas.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata pihaknya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pengiktirafan itu dan keputusan tersebut dibuat oleh Lembaga Eksekutif UNESCO di Paris pada 25 Mei lepas bersama 17 Geopark yang lain.

“Kinabalu Geopark yang berkeluasan 4,750 kilometer persegi meliputi daerah Kota Belud, Kota Marudu dan sebahagian daerah Ranau serta mempunyai 46 geotapak, 12 biotapak dan lapan tapak budaya telah diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan pada 18 Mac 2020.

“Geopark ini diuruskan oleh Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah dengan kerjasama pihak berkepentingan yang lain. Kinabalu Geopark telah menjalani penilaian oleh panel penilai rangkaian UNESCO Global Geopark (UGGp) pada 18 hingga 21 Julai 2022,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Beliau berkata pengiktirafan Kinabalu Geopark sebagai UGGp, telah melengkapkan ketiga-tiga program UNESCO di negeri berkenaan iaitu Tapak Warisan Dunia (WHS), Manusia dan Biosfera (MAB) dan UGGp.

“Ketiga-tiga program UNESCO yang diuruskan oleh Taman-Taman Sabah telah mengangkat nama Malaysia sebaris dengan beberapa negara yang diberi jolokan sebagai negara penyandang “Triple Crown” program UNESCO.

“Selain itu, pengiktirafan ini merupakan satu lagi pencapaian negara yang amat bermakna khususnya kepada kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan dalam usaha memelihara kelestarian alam semula jadi serta pengurusan mampan kawasan UGGp, yang memiliki nilai kepentingan antarabangsa seiring dengan Agenda Pembangunan Negara dan Matlamat Pembangunan Lestari 2030 di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,” katanya.

Menurutnya Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim akan terus menyokong dan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk mencalonkan geopark kebangsaan lain yang memenuhi kriteria Global Geopark di bawah UNESCO bagi mendapatkan pengiktirafan peringkat antarabangsa.

Pada 2007, Langkawi, Kedah merupakan lokasi pertama mendapat pengiktirafan sebagai UGGp kerana keindahan alam dan nilai warisan geologi yang bertaraf antarabangsa. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad