web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Pesta Kaamatan Bermula Hari Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2023 5:57PM

Salahuddin Ayub - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Sebanyak lapan jenis barangan disenaraikan sebagai barangan kawalan di bawah Skim Harga Maksimum Perayaan Pesta Kaamatan 2023 selama tujuh hari bermula hari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata tempoh itu meliputi tiga hari sebelum sambutan pesta berkenaan, kemudian pada hari sambutan, dan seterunya tiga hari kemudian.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Skim Harga Maksimum Perayaan Pesta Kaamatan 2023 di Bataras Hypermarket, Kolombong di sini hari ini beliau berkata, penetapan harga kawalan itu bertujuan memastikan rakyat khususnya yang menyambut Pesta Kaamatan akan dapat berbelanja pada harga yang terkawal.

Dalam kenyataan media yang diedarkan pada majlis itu, harga sekilogram lapan barangan yang disenaraikan ialah kepak ayam RM15.50 untuk harga borong dan RM16.50 harga runcit; daging kerbau import (India) kecuali batang pinang (RM20 harga borong dan RM22 harga runcit).

Turut disenaraikan daging babi perut RM43 harga borong dan RM45 harga runcit, serta daging babi iaitu daging dan lemak, harga borong ialah RM36 manakala harga runcit RM38.

Bagaimanapun terdapat perbezaan harga barangan di kawasan Pantai Barat untuk bawang kecil merah (India) dengan RM6 harga borong dan RM7 harga runcit; bawang putih (China) RM6.50 harga borong dan RM8 harga runcit; cili kering leper RM16 harga borong dan RM18 harga runcit, manakala babi hidup (RM19.50).

Di Pantai Timur harga bawang kecil merah (India) ialah RM7 harga borong dan RM8 harga runcit; bawang putih (China) RM7 harga borong dan RM8.50 harga runcit manakala babi hidup RM20.

Sementara itu meerujuk kepada bekalan gula Salahuddin berkata, pihak kementerian akan sentiasa memastikan bekalannya sentiasa ada di pasaran, dengan pemantauan dijalankan setiap hari selain mengawal harga gula kasar dan halus melalui Op Manis yang dijalankan.

Katanya semua industri diberi arahan mengeluarkan gula putih untuk kegunaan pengguna bagi mengelak kekurangan bekalan gula di pasaran, termasuk bekalan minyak masak yang mencukupi.

“Gula putih kasar dan halus itu mesti berada di pasaran, itu syarat yang telah ditetapkan kepada industri selepas kementerian memberi keizinan mengeluarkan gula putih bertapis jernih yang mereka boleh jual tanpa harga kawalan,” katanya sambil menegaskan kementerian tidak akan berkompromi sekiranya berlaku isu-isu penyorokan atau mengambil kesempatan diatas pengumuman kementerian dua hari lepas. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 4 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar