web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mengapa Projek RM654 Juta PERKESO Diberi Secara Runding Terus, Soal Kula Segaran

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2023 5:08PM

M Kula Segaran menggesa KSM memberikan penjelasan terperinci mengapa tender projek Pusat Pemulihan Neuro-Robotik dan Sibernetik Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bernilai RM654 juta diberikan secara rundingan terus. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Sumber Manusia (KSM) diminta memberi penjelasan lebih terperinci berhubung mengapa tender projek Pusat Pemulihan Neuro-Robotik dan Sibernetik Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bernilai RM654 juta diberikan secara rundingan terus.

Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kula Segaran berkata, perkara itu menimbulkan persoalan sekiranya wujud penyelewengan atau amalan rasuah.

“Dalam jawapan kepada soalan saya di Parlimen, Pusat Pemulihan Neuro-Robotik dan Sibernetik PERKESO diberi kebenaran untuk membuat perolehan melalui rundingan terus oleh Lembaga Pengarah PERKESO, terutama atas alasan ‘menjimatkan masa’.

“Tender projek besar yang dibuat secara rundingan terus seperti itu, amat diragui dan cenderung kepada amalan rasuan kerana ia membabitkan sejumlah wang besar,” katanya menerusi kenyataan.

M Kula Segaran - Gambar fail
M Kula Segaran - Gambar fail

Kula Segaran berkata, semasa beliau menjadi Menteri Sumber Manusia pada 2018, projek itu hanya bernilai RM500 juta.

Malah, katanya, ketika itu, beliau memastikan PERKESO memperoleh tanah kerajaan supaya harganya jauh lebih murah.

Ujarnya, KSM ketika itu, turut mengadakan pelbagai penglibatan dengan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perak (SEDC), sehingga memperoleh tanah berkenaan di Meru, Ipoh, Perak dengan ia dilakukan secara telus dan terbuka.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tender bernilai RM654 juta itu dibuat semasa pemerintahan Perikatan Nasional (PN), susulan Langkah Sheraton yang menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang.

Justeru, beliau meminta KSM menjelaskan alasan di sebalik kenaikan mendadak kos projek itu.

“Apakah kos tambahan yang dikenakan, apa kemudahan tambahan yang KSM bina dengan wang tambahan itu?

“Juga, beritahu kami sebab tender terbuka tidak dijalankan. Sebagai menteri sebelum ini, saya sudah menyeru bahawa projek ini mesti melalui tender terbuka,” katanya.

Selain itu, Kula Segaran berkata, apabila tender membabitkan projek besar dilakukan secara rundingan terus, ia menutup peluang yang adil dan sama rata dalam kalangan kontraktor. 

Jelasnya, kekurangan persaingan dalam hal itu, menimbulkan persoalan sama ada kontraktor dipilih adalah yang terbaik.

“Adakah ia juga dapat menawarkan pesaing berpotensi lain yang berupaya memberikn perkhidmatan lebih baik atau penyelesaian kos efektif.

“Malah, pihak anda (KSM) juga mengehadkan penelitian dan pengawasan awam yang disediakan menerusi tender terbuka. Bagaimanakah orang awam dan pihak berkepentingan yang berkaitan akan mengakses proses pembidaan, memastikan keadilan serta mencegah sebarang rasuah atau pilih kasih.

“Pelaksanaan secara tender terus mengakibatkan kita kehilangan peluang untuk inovasi dan penjimatan kos seperti mana tender terbuka menggalakkan kontraktor berbeza untuk menawarkan penyelesaian unik mereka, mempromosikan inovasi, keberkesanan kos serta nilai keseluruhan lebih baik untuk wang,” katanya.

Tegasnya, kekurangan penerokaan itu boleh membawa kepada hasil tidak optimum untuk projek hospital pemulihan dan potensi pembaziran dana.

Justeru, Kula Segaran menggesa KSM atau PERKESO untuk menjawab dibangkitkannya menerusi kenyataan.

Menurutnya, ia bagi menjelaskan kepada orang ramai, berhubung keputusan mereka melaksanakan tender terus dan membayar lebih banyak untuk projek terbabit.

“Di bawah rangka kerja dasar Malaysia MADANI oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menitikberatkan akauntabiliti dan ketelusan, saya rasa tender ini mesti dilihat semula dengan kosnya dikurangkan.

“Ini dilakukan berulang kali semasa kerajaan PH, menyaksikan kami melihat semula projek ditender dan mencari cara menjimatkan wang dengan mengurangkan kos berlebihan,” katanya.

Kelmarin, Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar menerusi jawapan lisan Dewan Rakyat bagi menjawab soalan dikemukakan Kula Segaran memaklumkan, projek itu diberi keizinan untuk perolehan secara rundingan terus oleh Lembaga PERKESO pada 23 Februari 2022 dan dimuktamadkan pada 1 April tahun sama, dengan kos sebanyak RM654 juta. - Getaran, 27 Mei 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam