web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


HAWANA 2023: PM Akan Buat Beberapa Pengumuman Penting Berkenaan Hala Tuju Industri Media - Fahmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2023 5:10PM

Anwar Ibrahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membuat beberapa pengumuman penting berkenaan hala tuju industri media pada sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) yang berlangsung di Ipoh, Perak, esok.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata kerajaan sentiasa berbincang mengenai hala tuju industri media yang ketika ini berhadapan dengan pelbagai tekanan, antaranya dari segi ekonomi, selain perkembangan teknologi yang mendorong perubahan dalam aspek penerbitan akhbar.

Fahmi Fadzil - Gambar dari Facebook Fahmi Fadzil
Fahmi Fadzil - Gambar dari Facebook Fahmi Fadzil

 “Tekanan ekonomi dan perkembangan ini memberi kesan kepada kelestarian, kemampanan industri media, dan tidak terkecuali aspek kebajikan para pengamal media, dan semua aspek ini sememangnya dberi perhatian oleh kerajaan.

 “Esok, Perdana Menteri akan hadir untuk memberi ucaptama di HAWANA dan kita boleh jangkakan ada beberapa pengumuman penting, khususnya mengenai hala tuju industri media,” katanya pada sidang media selepas melancarkan logo dan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 di Esplanade, Taman KLCC, di sini hari ini. 

Fahmi berkata perkara berkaitan penubuhan Majlis Media Malaysia juga dijangka menjadi antara perkara yang akan disentuh pada sambutan HAWANA kali ini.

Sambutan HAWANA 2023 yang mengangkat tema ‘Media Bebas, Tunjang Demokrasi’ yang bertujuan memberi penekanan semula terhadap isu kebebasan media dalam menjalankan tugas, berlangsung selama tiga hari mulai hari ini. 

Majlis Kemuncak HAWANA 2023 akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, esok. 

Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional dan ia dipilih sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 3 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad