web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Siasatan Dakwaan Wujud Unsur Rasuah RM399 Juta: PETRONAS Sentiasa Pertingkat SOP

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2023 12:09PM

Pengurusan PETRONAS menegaskan, pihaknya sentiasa mengambil langkah menambah baik prosedur operasi standard (SOP) sebagai usaha berterusan dalam mencegah serta membanteras segala bentuk rasuah dan salah laku oleh pekerja, pengarah serta pihak ketiga bagi pihak syarikat dalam kumpulan - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Sejajar cadangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan membabitkan dakwaan rasuah di PETRONAS, pengurusan syarikat minyak dan gas multinasional negara itu menegaskan, pihaknya sentiasa mengambil langkah menambah baik prosedur operasi standard (SOP).

Kenyataan dikeluarkan Komunikasi Media Perhubungan dan Komunikasi Strategik Kumpulan PETRONAS memaklumkan, usaha sejajar dengan polisi toleransi sifar rasuah organisasi itu juga, sebagai usaha berterusan dalam mencegah dan membanteras segala bentuk rasuah serta salah laku dalam kalangan pekerja, pengarah dan pihak ketiga bagi pihak syarikat berkenaan.

“PETRONAS merujuk kepada kenyataan SPRM berkaitan fail siasatan yang dibuka suruhanjaya ini berhubung pemberian kontrak PETRONAS pada tahun 2021 kepada anak syarikat tempatan milik sebuah syarikat huluan antarabangsa.

“Selaras dengan cadangan SPRM dan sejajar dengan polisi toleransi sifar rasuah, PETRONAS sentiasa mengambil langkah menambah baik SOP, sebagai usaha berterusan dalam mencegah serta membanteras segala bentuk rasuah dan salah laku oleh pekerja, pengarah serta pihak ketiga bagi pihak syarikat dalam kumpulan,” menurutnya.

PETRONAS berkata, pihaknya terus komited memberikan kerjasama kepada SPRM dalam usaha terbabit.

Semalam media melaporkan, SPRM sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan terdapat unsur rasuah bernilai RM399 juta, membabitkan projek PETRONAS dan sebuah syarikat minyak dan gas antarabangsa di Sarawak.

Menerusi kenyataannya, SPRM mengesahkan sudah membuka fail siasatan berhubung dakwaan berkenaan seperti disiarkan sebuah portal baru-baru ini.

“Pihak PETRONAS memberikan kerjasama penuh dengan pihak SPRM,” kata suruhanjaya itu.

Laporan portal itu mendakwa PETRONAS dikatakan ‘memberi’ hampir RM400 juta kontrak terhadap sebuah syarikat yang sebelumnya, diputuskan bersalah atas penglibatan rasuah di seluruh dunia.

Malah, laporan itu meminta SPRM menyiasat jika wujud salah laku membabitkan kepimpinan tertinggi PETRONAS.

SPRM berkata, setakat ini pihaknya menemui beberapa kelemahan dalam amalan, sistem dan tatacara kerja berhubung isu berkenaan, selain sudah mencadangkan penambahbaikan SOP sebagai langkah pencegahan. – Getaran, 27 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Tamat Tugas Secara Rasmi, Azam Baki Ingatkan Jangan Sabotaj Ketua SPRM Baharu

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Siasatan Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion Diperhebat, Rafizi Dipanggil Untuk Soal Siasat 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 10 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad