web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sila Batalkan Pesta Seks ‘Gang Bang JB Party’ Atau… - Polis Johor

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2023 8:30PM

Penganjuran acara seumpama itu menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan tegas. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran keras kepada penganjur pesta seks bebas ‘Gang Bang JB Party’ agar membatalkan acara berkenaan atau berdepan tindakan.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, penganjuran acara seumpama itu menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan tegas.

“Polis Johor memberi amaran keras kepada penganjur acara ‘Gang Bang JB Party’ supaya acara berkenaan tidak diteruskan dan dibatalkan.

“Kita juga akan membuat pemantauan berterusan di atas apa-apa juga penganjuran acara yang menyalahi undang-undang, selain mengambil tindakan tegas sekiranya berlaku pelanggaran undang-undang,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Kamarul Zaman berkata, kertas siasatan penganjuran program tidak bermoral terbabit, sudah dibuka mengikut Seksyen 292 (E) Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Bagi kesalahan penyebaran melalui media sosial, pihak polis akan membuat siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

“Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000.00 atau dipenjarakan tidak melebihi tempoh setahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Rabu lalu, tular sekeping poster menerusi Twitter bertajuk ‘Gang Bang JB Party’ yang mempromosikan pesta seks bebas.

Acara berkenaan dikatakan terbuka untuk semua kaum, namun peserta tidak dibenarkan mengambil gambar atau merakam sebarang video.

Dijadualkan berlangsung pada 20 Jun ini dari jam 4 petang hingga 9 malam, acara itu turut mendapat tentangan Exco Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid yang memberi jaminan acara sedemikian akan diharamkan di Johor.

Beliau menegaskan, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) sudah diarahkan mengambil tindakan segera dan menjalankan siasatan, bagi mengelakkan orang ramai melakukan kegiatan tidak bermoral.

Disember lalu, JAINJ berjaya menggagalkan penganjuran pesta buih di kolam renang sebuah hotel bandar raya berkenaan, selepas menerima aduan orang awam susulan jemputan ke parti tertutup itu tular di media sosial.

Sementara itu, Kamarul Zaman memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan jenayah supaya menyalurkannya ke maklumat ke Bilik Gerakan Polis Johor di talian 07-2212999.

“Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mencetuskan kebimbangan atau menggugat ketenteraman awam,” katanya. - Getaran, 25 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

3

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

4

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad