web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Orang Asli Kuala Boh Akan Nikmati Rangkaian Komunikasi Lebih Baik

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2023 12:01PM

Lebih 600 penduduk di Kampung Orang Asli Kuala Boh, Cameron Highlands bakal menikmati rangkaian komunikasi dan talian Internet lebih baik apabila menara telekomunikasi di kampung itu beroperasi sepenuhnya Julai ini. - Gambar dari Facebook Fadzli Kamal

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Lebih 600 penduduk di Kampung Orang Asli Kuala Boh, Cameron Highlands bakal menikmati rangkaian komunikasi dan talian Internet lebih baik apabila menara telekomunikasi di kampung itu beroperasi sepenuhnya Julai ini. 

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multmedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal berkata menara itu dibina syarikat Edotco Group Sdn Bhd dan diserahkan kepada syarikat telekomunikasi CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) semalam. 

"CelomDigi merupakan syarikat dilantik untuk melakukan kerja selanjutnya yang merangkumi pemasangan peralatan elektronik, penyambungan gentian optik dan bekalan tenaga elektrik sehingga kepada pengaktifan perkhidmatan 4G," katanya menerusi kenyataan dimuat naik dalam akaun Facebook rasminya. 

Perkhidmatan Internet dan 4G yang tidak memuaskan di perkampungan itu pernah mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada kunjungan Seri Paduka ke situ pada Januari lepas. 

Fadzli berkata buat masa ini, pihak MEASAT menyediakan perkhidmatan 4G secara interim menggunakan teknologi satelit bagi menampung keperluan penduduk sehingga menara itu beroperasi. 

Pada kenyataan itu, Fadzli berkata 53 daripada 270 menara telekomunikasi baharu di Pahang menerusi inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) telah siap dan beroperasi, manakala bakinya dijadualkan siap secara berperingkat menjelang hujung tahun ini. - Bernama

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Hampir 39,000 Rakyat Hilang Pekerjaan Jan-Mei 2026, Lelaki Paling Terkesan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

oleh Wartawan Getaran