web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pegawai SPRM, Datuk Roy Didakwa Rasuah RM640,000 Supaya Anak Muhyiddin Tidak Direman 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2023 11:43AM

Datuk Roy atau nama sebenarnya Mohd Hussein Mohd Nasir mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan ahli perniagaan dikenali sebagai 'Datuk Roy' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM640,000 supaya anak bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak direman SPRM.

Mohd Rasyidi Mohd Said, 43, dan Datuk Roy atau nama sebenarnya Mohd Hussein Mohd Nasir, 54, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.

“Faham Yang Arif, mengaku tidak bersalah,” kata kedua-dua tertuduh kepada Hakim Azura Alwi.

Mereka didakwa bersama-sama secara rasuah meminta untuk diri mereka atau bagi mana-mana orang lain suatu suapan wang tunai berjumlah RM400,000 daripada Siti Dalena Berhan, 47, sebagai dorongan untuk tidak menahan reman Datuk Fakhri Yassin Mahiaddin semasa siasatan pihak SPRM.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah restoran di Bangsar, di sini, antara 9 dan 11 malam, 5 Mac lalu.

Mereka juga didakwa menerima suapan untuk diri mereka atau bagi mana-mana orang lain iaitu wang tunai berjumlah RM240,000 daripada Syed Farid Syed Al Attas, 41, sebagai dorongan untuk tidak menahan reman individu sama semasa siasatan pihak SPRM.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah restoran di Desa Sri Hartamas, di sini, antara jam 2 dan 4 petang, 6 Mac lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, di hadapan Hakim Suzana Hussin, Mohd Hussien turut mengaku tidak bersalah atas satu lagi pertuduhan meminta rasuah wang berjumlah RM2 juta untuk dirinya daripada Siti Dalena dan Syed Farid.

Ia sebagai dorongan untuk menukarkan pertuduhan yang lebih ringan, menukar keterangan tertuduh kepada saksi, dan mengurangkan wang jaminan terhadap kes pendakwaan yang dihadapi oleh ahli perniagaan Adam Radlan Adam Muhammad.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Kampung Melayu Kepong, di sini, pada Februari 2023 dan pertuduhan mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009.

Suzana membenarkan Mohd Hussein diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan manakala Mohd Rasyidi diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan mereka perlu menyerahkan pasport ke mahkamah dan melapor diri ke pejabat SPRM Kuala Lumpur sehingga kes selesai.

Mahkamah turut menetapkan 7 Julai ini untuk sebutan semula kes.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa SPRM Selvam T Armugom menawarkan jaminan antara RM10,000 dan RM15,000 dengan seorang penjamin terhadap kedua-dua tertuduh bagi kesemua pertuduhan berserta syarat tambahan mereka perlu melaporkan diri ke pejabat SPRM berhampiran kediaman sebulan sekali.

“Untuk makluman mahkamah, Mohd Hussein telah dituduh di satu lagi Mahkamah Sesyen sebentar tadi. Pihak kami memohon agar kes tersebut dipindahkan ke mahkamah ini untuk dibicarakan bersama,” katanya yang mengendalikan kes bersama Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Nor Diana Nor Azwa.

Sementara itu, peguam Fahmi Abd Moin, yang mewakili Mohd Hussein berkata pihaknya tidak membantah jumlah jaminan tersebut, namun memohon supaya anak guamnya yang tinggal di Kuantan, Pahang melaporkan diri di pejabat SPRM Kuala Lumpur.

Peguam Mohd Hezri Shaharil mewakili Mohd Rasyidi memohon jaminan dikurangkan daripada RM10,000 memandangkan anak guamnya yang merupakan penjawat awam menanggung empat anak berumur antara 16 hingga setahun. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

'Datuk Roy' Direman 3 Hari Bermula Hari Ini

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Datuk Roy Dicari Bantu Siasatan Kes Rasuah SPRM

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar