web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


NRECC Komited Selesaikan Masalah Air Di Kelantan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2023 9:18AM

Nik Nazmi berkata, NRECC  juga akan mengadakan perbincangan susulan dengan Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi untuk mencari penyelesaian terbaik bersama. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) bersedia melihat soal kewangan termasuk untuk pembinaan loji rawatan air serta penggantian paip bagi menyelesaikan isu air di Kelantan.

Menteri berkenaan Nik Nazmi Nik Ahmad berkata ia susulan pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini yang secara terbuka menyatakan komitmen kerajaan pusat untuk menyelesaikan isu itu.

Nik Nazmi Nik Ahmad - Gambar fail
Nik Nazmi Nik Ahmad - Gambar fail

“NRECC  juga akan mengadakan perbincangan susulan dengan Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi untuk mencari penyelesaian terbaik bersama,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

Kenyataan itu susulan pertemuan beliau dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti Kelantan Datuk Azami Mohd Nor serta pengurusan tertinggi Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) semalam.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembetungan) NRECC Dr Ching Thoo Kim, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Datuk Ahmad Faizal Abdul Rahman serta pegawai kementerian.

Menurut Nik Nazmi, antara isu dibincangkan ketika pertemuan itu ialah berkaitan pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) Machang yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah Rolling Plan Ketiga (RP3) Rancangan Malaysia Ke-12 dan cadangan pembangunan infrastruktur bekalan air bagi TAPS yang akan dibina.

“Perkara berkaitan pelaksanaan program pengurangan Air Tidak Berhasil (NRW) melalui penggantian paip-paip usang dan hapus kira pinjaman projek bekalan air luar bandar selari dengan Perjanjian Penstrukturan Industri Perkhidmatan Air Negeri Kelantan juga turut dibincangkan.

“Turut disentuh adalah berhubung perizaban tanah loji pembetungan kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) dan hapus kira baki pinjaman projek pembetungan kepada geran,” katanya.

Dalam pertemuan itu, beliau turut mengingatkan kerajaan negeri bahawa tanpa usaha membaiki tatakelola AKSB, permasalahan air tidak akan selesai dan oleh yang demikian, AKSB harus memperbetul tadbir urus mereka agar ia memberi manfaat kepada rakyat Kelantan.

Pada 11 Mei lepas, Nik Nazmi pernah mendedahkan bahawa kaedah tadbir urus AKSB menjadi faktor utama masalah air di Kelantan tidak selesai sehingga kini selain disebabkan soal peruntukan dan perkara itu diakui serta dimaklumkan oleh bekas Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad