web statsweb stats

Berita Terkini

12 minit yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 minit yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemilik Kelab Komedi Dapat Kebenaran Cabar Tindakan DBKL Batal Lesen

Mereka memohon perintah mahkamah untuk membatalkan keputusan yang dibuat atas alasan pemohon mempunyai hak asasi di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk berniaga dengan lesen sah di Kuala Lumpur.

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2023 6:18PM

Mohamad Rizal Johan Van Geyzel - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memberi kebenaran kepada pemilik kelab komedi Crackhouse, Mohamad Rizal Johan Van Geyzel dan Shankar R Santhiram untuk memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana membatalkan lesen perniagaan kelab itu dan melarang dua pemiliknya mendaftar sebarang perniagaan di ibu kota, seumur hidup.

Peguam Sangeet Kaur Deo yang mewakili kedua-dua pemilik kelab itu, ketika ditemui pemberita selepas prosiding pengurusan kes dalam kamar berkata Hakim Datuk Amarjeet Singh membenarkan permohonan itu dan menetapkan 6 Jun untuk pengurusan kes seterusnya.

Peguam itu berkata anak guamnya telah menarik balik defendan ketiga, keempat dan kelima daripada permohonan semakan kehakiman itu kerana keputusan (membatalkan lesen) dibuat oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur ketika itu, Datuk Seri Mahadi Che Ngah.

Mohamad Rizal dan Shankar memfailkan permohonan semakan kehakiman itu pada 24 Nov 2022 dengan menamakan DBKL, Mahadi, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu Datuk Seri Jalaluddin Alias, Kementerian Wilayah Persekutuan dan kerajaan sebagai responden pertama hingga kelima.

Pemilik berkenaan memohon deklarasi bahawa keputusan dibuat DBKL dan Datuk Bandar Kuala Lumpur itu untuk membatalkan lesen perniagaan kelab komedi tersebut bertentangan dengan undang-undang selain memohon deklarasi keputusan oleh Jalaluddin dan Kementerian Wilayah Persekutuan untuk melarang mereka mendaftarkan sebarang perniagaan di Kuala Lumpur buat selama-lamanya walaupun di bawah nama dan syarikat lain, adalah tidak berperlembagaan.

Selain itu, mereka memohon perintah mahkamah untuk membatalkan keputusan yang dibuat itu atas alasan pemohon mempunyai hak asasi di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk berniaga dengan lesen sah di Kuala Lumpur.

Kedua-dua pemohon menerusi afidavit sokongan mereka berkata, pada 17 Ogos tahun lepas, Jalaluddin membuat kenyataan bahawa Jawatankuasa Perlesenan DBKL bermesyuarat dan memutuskan untuk membatalkan lesen perniagaan kelab komedi tersebut berkuat kuasa 30 Julai tahun sama selain pemilik-pemilik kelab komedi itu disenaraihitamkan untuk mendaftar lesen perniagaan di Kuala Lumpur buat selamanya.

Mereka mendakwa keputusan itu telah memberi kesan teruk kepada mereka sebagai usahawan.

Mohamad Rizal dan Shankar juga mendakwa mereka tidak pernah menerima sebarang notis atau surat rasmi daripada DBKL berhubung perkara itu.

Mohamad Rizal, 40,  juga berdepan tiga pertuduhan kerana didakwa membuat dan memulakan penyebaran video yang menyentuh sensitiviti kaum dalam aplikasi Facebook, Instagram dan TikTok.

Mengikut ketiga-tiga pertuduhan itu, Mohamad Rizal didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi Facebook menggunakan nama profil ‘Rizal van Geyzel, Instagram ‘rizalvangeyzel’ dan TikTok ‘rizalvangeyzel’, antara 4 hingga 6 Julai 2022.

Ketiga-tiga hantaran itu dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Tingkat 27, Menara KPJ di sini, pada 1.17 tengah hari, 13 Julai tahun lepas.

Ketiga-tiga pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 233(1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan, jika disabitkan kesalahan. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek