web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rara Antara 8 Ahli Parlimen Anggotai Jawatankuasa Khas Kesihatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2023 1:58PM

Young Syefura Othman - Gambar dari Twitter @youngsyefura

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman antara lapan individu yang dilantik menganggotai Jawatankuasa Khas Kesihatan bagi penggal Parlimen kali ini.

Menurut beliau, mesyuarat pertama jawatankuasa itu diadakan semalam untuk memilih Pengerusi, selain menetapkan perancangan dan fokus untuk jawatankuasa tersebut.

“Saya ingin merakamkan setinggi ucapan tahniah kepada (Datuk Seri) Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor yang dipilih menjadi Pengerusi Jawatankuasa Khas Kesihatan untuk penggal ini.

“Fokus Jawatankuasa Khas Kesihatan adalah berkaitan dengan Kertas Putih Kesihatan dan Rang Undang-Undang (RUU) Generasi Penamat (GEG),” katanya menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

Jawatankuasa Khas Kesihatan mengadakan mesyuarat pertama jawatankuasa itu semalam bagi memilih Pengerusi, selain menetapkan perancangan dan fokus untuk jawatankuasa tersebut. - Gambar dari Twitter @youngshefura
Jawatankuasa Khas Kesihatan mengadakan mesyuarat pertama jawatankuasa itu semalam bagi memilih Pengerusi, selain menetapkan perancangan dan fokus untuk jawatankuasa tersebut. - Gambar dari Twitter @youngshefura

Tujuh lagi individu yang menganggotai jawatankuasa tersebut ialah Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan; Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew; Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar.

Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran, Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Alias Razak dan Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi.

Mengulas lanjut, Young Syefura atau lebih mesra disapa Rara berkata, Kertas Putih Kesihatan merupakan satu isu besar sekali gus menjadi fokus utama Jawatankuasa Khas Kesihatan kerana ia merangkumi pelbagai aspek kesihatan dalam negara.

Katanya, pelaksanaan kertas putih ini dilihat dapat menjadi reformasi kepada sistem kesihatan Malaysia yang lebih baik.

“Oleh itu perhatian yang khusus perlu diberikan untuk memastikan kertas putih ini mencapai matlamatnya.

“Jika anda semua mempunyai isu berkaitan dengan sistem kesihatan negara yang boleh diberikan perhatian dan siasatan oleh Jawatankuasa Khas Kesihatan, anda boleh ajukan di ruangan komen,” katanya.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sedia untuk membentangkan RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam berserta peruntukan berkaitan (GEG) pada mesyuarat kedua penggal kedua Parlimen ke-15 yang bermula semalam.

Penasihat Khas Menteri Kesihatan, Dr Helmy Haja Mydin berkata, RUU itu amat penting demi melindungi kesihatan generasi muda dan ia merangkumi dua perkara utama iaitu kawalan terhadap produk merokok termasuk rokok elektronik atau vape, serta pelaksanaan peruntukan Generasi Penamat Rokok.

“Peruntukan larangan bagi GEG hanya tertumpu kepada larangan membeli dan menggunakan, manakala larangan menyimpan atau memiliki rokok atau vape telah digugurkan berdasarkan syor Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

“Bagi peruntukan larangan ini mereka (yang) bakal terkesan adalah termasuk mana-mana orang yang lahir pada 1 Jan 2007 iaitu pada ketika ini berumur 16 tahun,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, RUU berkenaan adalah bagi mengawal produk rokok merangkumi kawalan terhadap pendaftaran, pengiklanan, promosi dan penajaan, pembungkusan dan penjualan. – Getaran, 23 Mei 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar