web statsweb stats

Berita Terkini

13 minit yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 minit yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pinda Kanun Tatacara Jenayah Bagi Pulangkan Segera Wang Mangsa Scam - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2023 1:48PM

Anwar ketika hadir di Parlimen hari ini - Gambar dari Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan memutuskan untuk meminda Kanun Tatacara Jenayah bagi membolehkan wang yang dirampas daripada jenayah penipuan dalam talian (scam) dipulangkan lebih awal kepada mangsa, demikian Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pindaan itu membolehkan mangsa mendapat semula dana yang dicuri dengan syarat pemberian bon disediakan sementara menunggu perbicaraan di mahkamah.

“Saya setuju ia (kes) sekarang ini akan mengambil masa, ramai (mangsa) merayu (wang dipulangkan) kerana kes (dalam) mahkamah akan berlanjutan.

“Oleh demikian, apa diputuskan adalah untuk dipinda Kanun Tatacara Jenayah supaya membolehkan pulangan (dana yang dicuri) kepada mangsa disegerakan dengan syarat bon disediakan sementara kes (di mahkamah) dijalankan,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan tambahan Tan Hong Pin (PH-Bakri) berhubung langkah kerajaan untuk mempercepatkan proses pemulangan dana yang dicuri kepada mangsa penipuan dalam talian.

Menjawab soalan asal Hong, berhubung rancangan memanjangkan masa operasi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) ke 24 jam sehari bagi membantu mangsa penipuan, Perdana Menteri berkata kerajaan sudah bersetuju untuk melanjutkan tempoh operasi pusat itu.

Anwar berkata Bank Negara Malaysia (BNM) juga telah memaklumkan kepada semua bank di negara ini agar operasi pemantauan aduan daripada pengguna mereka yang menjadi mangsa scam dibuat 24 jam sehari.

“Selain itu, ada usaha ke arah langkah automation supaya pengadu boleh ambil tindakan menghentikan pengeluaran dana dari bank mereka secara serta-merta, ini perkembangan baharu yang dilakukan BNM,” katanya.

Perdana Menteri turut memberitahu Dewan Rakyat, sebanyak 3,595 kes bagi kesalahan penipuan dalam talian disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan kerajaan setakat ini mendapat pulangan wang rampasan berjumlah RM34.8 juta.

Selain itu, Anwar berkata kerajaan juga menambah dana bagi pengoperasian NSRC sebanyak RM10 juta bagi tahun ini menerusi Belanjawan 2023, serta penambahan jumlah pegawai sebagai langkah memperkasakan penguatkuasaan pusat respons berkenaan. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar