web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sindiket Eksploitasi Pembantu Rumah Warga Asing Tumpas, 2 Wanita Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2023 6:23PM

10 wanita warga Indonesia berusia dalam lingkungan 23 hingga 50 tahun yang memiliki Pas Lawatan Sosial (PLS) tamat tempoh berjaya diselamatkan. - Gambar ihsan Jabatan Imigresen Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan sindiket eksploitasi pembantu rumah harian dan pekerja pembersihan selepas menahan dua wanita.

Kedua-dua suspek dipercayai memainkan peranan sebagai dalang utama dan turut bertindak sebagai ejen sindiket. 

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, dua wanita itu masing-masing berusia 30 tahun dan 40 tahun ditahan dalam operasi khas di sekitar Temerloh, Pahang pada 16 Mei lalu.

Susulan itu, katanya, 10 wanita warga Indonesia berusia dalam lingkungan 23 hingga 50 tahun yang memiliki Pas Lawatan Sosial (PLS) tamat tempoh berjaya diselamatkan.

“Kesemua mereka dipercayai menjadi mangsa eksploitasi sindiket dengan bekerja sebagai pembantu rumah harian dan pekerja pembersihan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ruslin Jusoh - Gambar oleh Azim Rahman
Ruslin Jusoh - Gambar oleh Azim Rahman

Menurut beliau, suspek pertama yang juga warga Indonesia dipercayai bertindak sebagai penjaga kepada semua mangsa tersebut dan turut memiliki PLS tamat tempoh.

Katanya, dalam serbuan kedua di sebuah premis, wanita berusia 40 tahun yang ditahan merupakan pemilik syarikat yang membawa masuk kesemua warga asing dan menguruskan sindiket berkenaan.

“Modus operandi sindiket ini menggunakan wanita warga asing untuk bekerja sebagai pembantu rumah harian dan pekerja pembersihan di rumah yang ditentukan oleh sindiket.

“Pemilik rumah yang berminat mendapatkan perkhidmatan tersebut akan menghubungi agensi pekerjaan dan seterusnya mengatur tarikh juga waktu bekerja, termasuk menghantar serta mengambil mereka setelah selesai,” katanya.

Seorang wanita disiasat dalam operasi khas di sekitar Temerloh, Pahang pada 16 Mei lalu.
Seorang wanita disiasat dalam operasi khas di sekitar Temerloh, Pahang pada 16 Mei lalu.

Ruslin berkata, melalui pengakuan lisan daripada kesemua mangsa, mereka tidak pernah menerima gaji secara fizikal daripada sindiket tersebut.

“Bayaran bagi mendapatkan perkhidmatan daripada sindiket ini adalah RM150 hingga RM250 untuk sehari.

“Sindiket ini beroperasi sejak lebih dua tahun dan dipercayai mengaut keuntungan sebanyak RM900,000 setahun hasil bayaran mendapatkan pembantu rumah harian dan pekerja pembersihan,” katanya.

Wang tunai yang turut dirampas oleh Imigresen.
Wang tunai yang turut dirampas oleh Imigresen.

Malah, katanya, kebebasan mereka seperti kemudahan cuti bekerja dan juga penggunaan telefon bimbit bagi menghubungi ahli keluarga di negara asal turut disekat.

Mengulas lanjut, Ruslin berkata, kesemua warga asing berkenaan sudah dibawa dan ditempatkan di Depot Imigresen Putrajaya untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Mereka jelasnya, disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Katanya lagi, wanita tempatan yang juga pemilik agensi pekerjaan yang ditahan telah dibebaskan dengan jaminan polis setelah selesai soal siasat.

“Jabatan ini akan meneruskan operasi penguatkuasaan dan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007,” katanya. – Getaran, 22 Mei 2023



 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad