web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bidaan Nombor Plat "FF" Berjumlah RM34.2 Juta, Tertinggi Dalam Sejarah - Loke

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2023 1:00PM

Anthony Loke - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bidaan nombor pendaftaran kenderaan bagi siri “FF” catat hasil kutipan tertinggi dalam sejarah sistem bidaan JPJeBid dengan kutipan berjumlah RM34.3 juta. 

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata 34,032 orang menyertai bidaan itu, yang dibuka dari 14 hingga 19 Mei lepas, dengan 8,348 daripada mereka berjaya mendapatkan nombor plat siri berkenaan. 

Beliau berkata nombor plat yang mendapat bidaan tertinggi adalah FF8 dengan harga RM950,000, diikuti FF9 (RM911,999), FF3 (RM639,000) dan FF2 (RM638,000).

“Lima nombor yang mendapat minat paling tinggi adalah FF199 dengan seramai 34 pembida, FF51 dengan 32 pembida dan seterusnya FF155, FF555 dan FF1688 dengan masing-masing 29 pembida. 

“Jumlah penglibatan pembida dan pemenang bagi siri FF ini juga merekodkan penyertaan tertinggi sejak aplikasi dalam talian JPJeBid dilancarkan pada 15 April 2019,” katanya pada sidang media di lobi Bangunan Parlimen, di sini hari ini. 

Loke berkata rebutan pembida begitu memberangsangkan sehingga menyebabkan sistem itu gagal Khamis lepas akibat trafik yang tinggi, memaksa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melanjutkan masa bidaan selama 24 jam.

Beliau memohon maaf atas kesulitan dan mengakui bahawa terdapat perkara yang perlu ditambah baik bagi memastikan kelancaran sistem itu.

Menjawab dakwaan bahawa tiga nombor dengan nilai bidaan tertinggi dimenangi oleh seorang individu yang sama seperti yang tular di media sosial, Loke berkata ia tidak menjadi masalah sekiranya benar kerana setiap pembida boleh membida sehingga tiga nombor dalam sesuatu siri. 

“Selagi dia ikut peraturan dan membuat bidaan tertinggi, maka dia dapat (nombor plat). Kita tidak lihat kepada latar belakang pembeli,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 6 hari yang lalu

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

2

Semasa 2 minggu yang lalu

LRT Tergelincir: Tindakan Tegas Perlu Diambil - Loke

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Pemeriksaan Pemilikan Kenderaan Persendirian: Kerajaan Tamatkan Monopoli PUSPAKOM

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Cukai Jalan, Insurans Tamat Tempoh, JPJ Kedah Sita ‘Vellfire’ Pemain Bola Sepak Kebangsaan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek