web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Raja Permaisuri Berangkat Ke Majlis Santapan Malam Diraja Persidangan ACWW Edisi Ke-30

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2023 7:16AM

Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat tiba ke 'Royal Gala Dinner Associated Country Women Of The World (ACWW) Triennial World Conference 2023 di Istana Negara malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam Diraja sempena Persidangan Wanita Desa Sedunia (ACWW) 2023 di Istana Negara malam tadi.

Tunku Azizah, yang juga Presiden Institut Wanita Pahang, tiba pada 8.40 malam dengan diiringi oleh Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud.

Turut berangkat Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin, Sultanah Kelantan Nur Diana Petra Abdullah dan isteri Yang Dipertua Melaka Toh Puan Asmah Abd Rahman.

Hadir sama 500 tetamu terdiri daripada anggota ACWW dari seluruh dunia yang mengambil bahagian dalam persidangan itu yang berlangsung dari 17 hingga 25 Mei ini.

Majlis itu turut diserikan dengan persembahan kebudayaan bagi memperkenal keunikan dan kepelbagaian seni, budaya serta etnik di Malaysia kepada delegasi asing.

ACWW diasaskan pada 1929 untuk menghimpunkan wanita luar bandar dan organisasi mereka di seluruh dunia bagi menangani cabaran yang dihadapi susulan pengasingan komuniti serta diskriminasi terhadap kaum hawa serta kekurangan penglibatan golongan itu dalam proses politik .

Keanggotaan ACWW merangkumi 82 negara dan sejak tahun 1947, ia telah meluluskan lebih 180 resolusi dasar melalui undian popular. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Agong, PM Tunai Solat Sunat Aidilfitri Di Surau Utama Istana Negara

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pertabalan Sultan Ibrahim Hampir Lengkapkan Pusingan Kedua Penggiliran Yang Di-Pertuan Agong

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Istiadat Pertabalan Agong Jadi Tumpuan, Detik Bersejarah Setiap 5 Tahun

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Istana Negara Adakan Majlis Doa Selamat Sempena Istiadat Pertabalan Agong Ke-17

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 10 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar